web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Tanjong Pagar: CCTV Tunjuk Wanita Berlari Ke Kereta Terbakar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 7:59AM

Gambar The Straits Times

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Media Singapura telah memperoleh rakaman video menunjukkan seorang wanita muda berlari tanpa teragak-agak ke dalam sebuah kereta yang sedang terbakar di Jalan Tanjong Pagar untuk menyelamatkan lima individu termasuk tunangnya yang terperangkap dalam kenderaan itu.

Bahan visual itu diperoleh secara eksklusif oleh akhbar The Straits Times.

Kereta BMW M4 putih yang terlibat dalam nahas tersebut dilihat berpusing-pusing selama beberapa saat pada kira-kira 5.40 pagi Sabtu lepas (13 Feb) sebelum merempuh sebuah rumah kedai, demikian menurut versi dalam talian akhbar harian itu.

Lampu isyarat kereta itu boleh dilihat berada dalam keadaan berkelip-kelip selama kira-kira 15 saat sebelum kenderaan tersebut meletup dan terbakar.

Kira-Kira 20 saat kemudian, Raybe Oh kelihatan dalam video itu. Beliau dilihat berlari ke arah kereta yang sedang terbakar dan terus masuk ke dalam api yang sedang marak.

Beliau muncul 10 saat kemudian dalam keadaan badannya dijilat api dan dilihat berlari ke arah beberapa rumah kedai yang terletak bertentangan dengan jalan sempit dua lorong itu.

Menurut akhbar itu, Oh, 26, seorang bekas pramugari, kini dalam keadaan kritikal di Hospital Besar Singapura dan beliau dilaporkan mengalami kelecuran teruk pada 80 peratus badannya.

Kereta yang terbakar itu dipandu oleh tunangnya, Jonathan Long, 29, dan turut dinaiki empat rakan lelaki tersebut iaitu Eugene Yap, 29; Elvin Tan, 28; Teo Qi Xiang, 26; dan Gary Wong, 29.

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa ia telah melihat enam klip video berhubung nahas itu antara 5.24 pagi dan 5.50 pagi.

Kereta BMW itu telah dilihat melakukan tiga pusingan di jalan yang sama sebelum hilang kawalan dan terbabas semasa pusingan keempat.

Kereta itu dilihat dipandu lebih perlahan pada pusingan sebelumnya. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 minit yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad