web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Perkuburan Islam Khusus Untuk Jenazah Pesakit COVID Akan Diteliti

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 3:10PM

Keperluan untuk membuka tanah perkuburan Islam bagi jenazah pesakit COVID akan dibincangkan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti terlebih dahulu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Keperluan untuk membuka tanah perkuburan Islam yang dikhususkan bagi pengebumian jenazah pesakit COVID-19 akan diteliti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dan para mufti terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan serta saranan berkenaan keperluan tersebut.

“Kami perlukan dapatan dan perbincangan, setakat ini tumpuan adalah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) terlebih dahulu. 

“Sekurang-kurangnya kami dapat memberi satu cara yang terbaik dalam menguruskan mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 200 pengusaha kantin dan pekerja pembersihan secara pandu lalu anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), di sini hari ini.

Beliau berkata setakat hari ini, lebih RM1 juta peruntukan dibelanjakan Yadim bagi membantu rakyat di seluruh negara terutama yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.

Sementara itu, Zulkifli menasihatkan kepada pihak yang mempunyai perbezaan pendapat dan idea agar tidak menggunakan media sosial sebagai medan bertelagah atau berdebat, sebaliknya perlu berdamai serta berunding secara baik.

“Saya yakin perkara sekusut mana pun akan dapat diselesaikan, justeru buanglah yang keruh dan ambil yang jernih. Sentiasalah bermaafan dan muhasabah diri, maka kita boleh ke depan terutama dalam memberi bantuan, menyampaikan dakwah sekali gus menyatukan ummah,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad