web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: 11 Kes Positif Dikesan Di Parlimen Semalam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 4:09PM

Sidang khas Dewan Rakyat semalam terpaksa ditangguhkan beberapa kali disebabkan kes COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 11 kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen semalam ketika berlangsungnya Sidang Khas Dewan Rakyat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata 10 kes positif dikesan melalui Kit Ujian Rapid Antigen (RTK Ag) melalui air liur, manakala satu lagi menerusi ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR). 

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dimaklumkan mengenai dua kes positif COVID-19 di Parlimen semalam, dengan kes pertama melibatkan seorang petugas yang hadir di Parlimen pada 26 Julai hingga 28 Julai, dan pengesahan dibuat selepas ujian RT-PCR dilakukan sendiri di sebuah fasiliti kesihatan setelah petugas itu mengalami gejala batuk dan selesema.

Menurutnya kes kedua pula dikesan semasa saringan di Parlimen pada pagi 29 Julai menggunakan ujian kendiri RTK Ag air liur setelah individu berkenaan mengalami gejala batuk.

"Siasatan mendapati kedua-dua kes ini tiada kaitan dengan mana-mana kes positif yang dikesan dalam saringan petugas-petugas Parlimen yang dijalankan tiga hari sebelum sidang khas Parlimen bermula," katanya, serta menambah kedua-duanya juga negatif COVID-19 apabila saringan dilakukan ke atas mereka sebelum bertugas di Parlimen.

Dr Noor Hisham berkata berdasarkan maklumat siasatan awal serta sejarah pergerakan kes, kedua-dua kes berkenaan dikhuatiri telah berada di beberapa lokasi di sekitar Parlimen semasa Sidang Khas Dewan Rakyat berlangsung.

Sidang Khas Dewan Rakyat berlangsung lima hari bermula 26 Julai.  

Susulan dua kes positif itu, Dr Noor Hisham berkata seramai 1,183 individu telah menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag air liur  di Parlimen semalam. 

Menurutnya dua daripada 10 kes positif hasil ujian RTK Ag air liur itu mengalami gejala ringan tetapi stabil manakala lapan kes tidak bergejala.

“Pejabat Kesihatan akan membuat susulan lanjut  ke atas 10 kes positif ujian saringan pengesanan COVID-19 itu,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata berikutan pengesanan kes-kes positif COVID-19 berkenaan, pasukan kesihatan akan menjalankan siasatan, penilaian risiko, pengesanan kontak, langkah-langkah pencegahan dan kawalan, termasuk pembersihan dan disinfeksi di bangunan Parlimen.

Beliau berkata semua yang akan hadir pada sesi Sidang Khas Dewan Rakyat minggu hadapan dinasihatkan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu.

“Mereka yang bergejala disaran membuat pemeriksaan dan tidak hadir ke Parlimen. KKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa perkembangan terkini hasil ujian dan pengesanan kontak rapat yang dijalankan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad