Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pegawai Polis Cedera, Van Dinaiki Bersama 2 Pesalah Rogol Terbabit Nahas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 9:00PM

Polis mengawal lokasi di mana sebuah van yang dinaiki dua pesalah rogol terbabit dalam kemalangan di Kampung Beta Hulu berhampiran Surau Haji Ahmad, Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang pegawai polis panik seketika, apabila kenderaan yang dinaiki bersama dua pesalah kes rogol, terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Kota Bharu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rahim Daud berkata, insiden tersebut berlaku di Kampung Beta Hulu berhampiran Surau Haji Ahmad di sini.

Menurut beliau, dalam kejadian pada jam 9.40 pagi itu, pegawai polis terbabit yang berusia 32 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Turut tercedera ialah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova.

"Kemalangan berlaku apabila kenderaan polis jenis Toyota Hiace dinaiki tiga anggota dan seorang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai berlanggar dengan MPV Toyota Innova, yang dipandu seorang remaja wanita berusia 19 tahun.

"Sebelum itu, pemandu kenderaan polis yang melalui Jalan Kemubu untuk ke Mahkamah Kota Bharu cuba untuk memotong Innova terbabit, selepas mendapati tiada kenderaan datang dari arah bertentangan," katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Pemandu Innova itu katanya, membelok ke kanan secara tiba-tiba, menyebabkan kedua-dua kenderaan berlanggar antara satu sama lain.

"Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu van polis cuba membrek secara mengejut tetapi terlanggar pada bahagian pintu sebelah kanan hadapan Toyota Innova sebelum kedua-dua kenderaan itu terseret dan terhenti di hadapan sebuah rumah kedai menjual ikan yang ditutup ketika kejadian," katanya.

Abdul Rahim memberitahu, pegawai polis dan remaja berkenaan masing-masing cedera di tangan kiri serta kaki kanan.

Katanya, mangsa yang lain iaitu tiga anggota polis dan dua OKT tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai aspek untuk menilai punca kemalangan sebenar," katanya. - Getaran, 27 Julai 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura Beri Kerjasama Dalam Siasatan Jambatan Runtuh Di AS

Semasa 10 jam yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Sukan 1 hari yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon