Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


MATFA Beri Diskaun Tiket, Baucer Pada Individu Lengkap Vaksin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 5:21PM

MATFA akan memberikan diskaun tiket dan baucer istimewa di semua taman tema dan pusat hiburan keluarga serta taman permainannya pada 31 Ogos ini kepada individu yang lengkap suntikan vaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) akan memberikan diskaun tiket dan baucar istimewa di semua taman tema dan pusat hiburan keluarga serta taman permainan milik ahli MATFA pada 31 Ogos ini kepada individu yang telah menerima vaksin lengkap.

MATFA dalam satu kenyataan memaklumkan pemberian bernilai RM640,000 itu adalah salah satu usaha persatuan itu menzahirkan semangat kenegaraan sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

Menurut MATFA, inisiatif itu juga sebahagian daripada sokongan terhadap saranan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi kelonggaran sekatan pergerakan kepada individu yang telah menerima vaksin lengkap.

Sementara itu, MATFA turut memberi jaminan mengenai gelembung perjalanan yang selamat kerana sistem kawalan pintu masuk yang berkesan akan menjadi sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 apabila dibuka kepada umum kelak.

"SOP yang bersepadu iaitu penggunaan sepenuhnya aplikasi MySejahtera, hanya membenarkan pengunjung berisiko rendah dan penerima vaksin lengkap dibenarkan masuk ke dalam premis, serta pelaksanaan peraturan sedia ada seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka akan diteruskan,” menurut kenyataan itu.

MATFA juga meneruskan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk mempercepatkan proses pengagihan vaksin lengkap kepada pekerja taman tema, pusat hiburan keluarga dan taman permainan.

Sementara itu, MATFA sekali lagi meminta pertimbangan kerajaan untuk membenarkan pembukaan perniagaan utama industri pelancongan pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

Luar Negara 1 hari yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 16 jam yang lalu

Beras Yang Dibuang Di Temerloh Sudah Rosak – KPKM

oleh Fida Ruzki

Semasa 22 jam yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung