web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Resah Tunggu Tarikh, Tidak Wajar Beri Swasta Jual Sinovac

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 3:11PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran diberikan kerajaan untuk Pharmaniaga menjual 14 juta dos vaksin Sinovac bermula Ogos dianggap tidak wajar, pada ketika rakyat masih tertunggu-tunggu tarikh temu janji masing-masing.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, langkah membenarkan penjualan vaksin oleh pihak swasta seharusnya membawa petanda baik, bahawa bekalan dos di bawah Program Imunisasi COVID-19 (PICK) adalah mencukupi.

Namun realitinya jelas beliau, masih ramai rakyat tertunggu-tunggu slot temu janji masing-masing, walaupun untuk dos pertama.

“Menurut Menteri yang bertanggungjawab, Khairy Jamaluddin, Pharmaniaga telah selesai menghantar bekalan vaksin yang ditempah kerajaan, sekali gus memberi petanda bekalan di bawah PICK adalah mencukupi.

“Berdasarkan perkara ini, adalah amat mendukacitakan kerana masih banyak aduan di kalangan rakyat, termasuk yang sepatutnya tergolong dalam Fasa 2 PICK, yang belum mendapat tarikh temujanji vaksin mereka, waima untuk dos pertama,” kata Steven dalam satu ciapan di Twitter.

Menurut Steven, 19.4 juta rakyat sudah mendaftar untuk mendapatkan suntikan masing-masing setakat 22 Julai 2021, tetapi sehingga dua hari lalu, hanya 11.2 juta daripada mereka telah menerima suntikan berkenaan, termasuk buat kali pertama.

Steven Sim - Gambar Bernama
Steven Sim - Gambar Bernama

“Masih terdapat 8.2 juta rakyat yang masih menunggu vaksin mereka.

“Pulau Pinang misalnya, merekodkan 87.7 peratus pendaftaran populasi dewasa, tetapi hanya 43.5 peratus sahaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan,” katanya.

Senario ini jelas Steven, mendatangkan kegelisahan kepada sejumlah besar rakyat, apatah lagi peningkatan kadar jangkitan virus COVID-19 semakin membimbangkan.

“Sepatutnya dengan jadual penghantaran vaksin dan bekalan mencukupi sehingga membolehkan ia dijual kepada pihak swasta, semua rakyat yang sudah mendaftar  seharusnya telah menerima tarikh temu janji mereka.

“Tanpa memberikan tarikh temu janji vaksin, kerajaan dilihat seolah sengaja memberi peluang kepada penjual vaksin swasta untuk mengaut keuntungan daripada keresahan rakyat Malaysia,” tegasnya.

Kes harian COVID-19 melonjak kepada 15,902 semalam, dengan angka kematian kumulatif sebanyak 7,902. - Getaran, 25 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 49 minit yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad