web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Penerima Suntikan Vaksin Kosong Akan Disiasat - JSJ Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 10:15PM

Penerima vaksin yang mengesyaki menerima suntikan vaksin kosong boleh membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan membuka kertas siasatan atas mana-mana laporan membabitkan penerima suntikan vaksin kosong.

Pengarah JSJ, Datuk Seri Jalil Hassan berkata, penerima yang terbabit dalam insiden seperti itu boleh membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.

Menurut beliau, aduan juga boleh dibuat terhadap kes penipuan penjualan vaksin secara dalam talian atau yang bukan mengikut prosedur Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

"Siasatan bagi kesalahan tersebut akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, PDRM bagaimanapun masih belum lagi mengesan mana-mana sindiket dan individu yang disyaki cuba menjual serta memasarkan vaksin kepada orang ramai, sama ada secara rahsia atau sebaliknya.

Dalam pada itu Jalil berkata, penerima vaksin yang berasa telah diperdaya boleh membuat ujian COVID-19 Neutralizing Antibody Test di makmal perubatan yang berlesen, selepas 30 hari menerima suntikan dos kedua.

"Ujian COVID-19 Neutralizing Antibody Test ini bagi mengesahkan keberadaan antibodi di dalam badan penerima.

"Jika mereka risau atau was-was dengan suntikan diterima, mereka boleh menjalani ujian ini untuk kepastian, " katanya. - Getaran, 24 Julai 2021.

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 51 minit yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad