web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Picagari Kosong, Polis Terima 13 Laporan Di Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 2:03PM

Polis menerima 13 laporan polis berkaitan isu suntikan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13 laporan polis diterima berkaitan isu suntikan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata laporan polis itu melibatkan tujuh di Kuala Lumpur, tiga di Selangor manakala masing-masing satu di Kedah, Perak dan Melaka.

Beliau berkata kesemua kes masih di peringkat siasatan oleh JSJ kontinjen negeri yang terlibat.

"Bagi kes melibatkan penawaran palsu atau penipuan penjualan vaksin di pasaran pula, siasatan akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Abd Jalil berkata sehingga kini vaksin COVID-19 hanya dibekalkan oleh kerajaan dan orang ramai dinasihat agar sentiasa peka dan cakna dengan inisiatif vaksinasi yang sedang dilaksanakan bagi membendung penipuan berkaitan penjualan vaksin.

"Sebarang penjualan atau pembekalan vaksin melalui mana-mana medium lain termasuk secara dalam talian adalah tidak dibenarkan.

"Orang ramai dinasihat agar berhati-hati ketika mengeluarkan atau berkongsi sebarang kenyataan yang belum dipastikan kebenarannya terutama bagi isu-isu sensitif seperti pemberian vaksin kerana tindakan tegas akan diambil," katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial terdapat individu mendakwa mereka disuntik dengan picagari kosong di beberapa PPV di seluruh negara. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad