web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Didakwa, Cuba Bunuh Anak Dengan Buang Dalam Longkang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 1:45PM

Syarifah Norain Mohamad Zali mengaku tidak bersalah cuba membunuh anak perempuannya yang berusia setahun sembilan bulan dengan membuangnya ke dalam longkang di Melaka, pada 13 Julai lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas tuduhan cuba membunuh anak perempuannya, pada 13 Julai lalu.

Tertuduh, Syarifah Norain Mohamad Zali, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syarifah Norain yang tidak bekerja didakwa cuba membunuh anak perempuannya berusia setahun sembilan bulan, dengan membuangnya ke dalam longkang di Lorong Pandan di sini pada pukul 8.40 malam, 13 Julai.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam satu lagi pertuduhan, Syarifah Norain mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada anak yang sama pada pukul 9.40 malam di tempat serta tarikh yang sama, dan kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nabilalif Mohd Rosli menawarkan jaminan RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan ke atas Syarifah Norain, yang tidak diwakili peguam sebelum hakim membenarkan ikat jamin RM12,000 dan menetapkan 26 Ogos depan, untuk fakta hukuman serta pengurusan kes.

Di kamar mahkamah sama, seorang penganggur didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Elesabet, kerana menyebarkan berita palsu di laman sosial Twitter berkaitan kematian akibat COVID-19, awal bulan lepas.

Tertuduh, Nur Anati Kamarudin, 28, dituduh menggunakan perkhidmatan rangkaian Twitter dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam, telah menyebarkan berita tidak benar membabitkan dua kes kematian akibat COVID-19 di sebuah kilang di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan AP 3 Taman Ara Permai, Batu Berendam di sini pada pukul 9 pagi 3 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, Nur Anati dituduh di bawah Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No.2) 20 1 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam suatu kesalahan berterusan boleh didenda maksimum RM1,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Badius Zaman Ahmad memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh, kerana kes berkenaan serius dan melibatkan kepentingan awam.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, memohon agar dikenakan hukuman yang ringan memandangkan dia telah dibuang kerja, selain menanggung kedua-dua ibu bapanya. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 minit yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad