web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


64,773 Penghantar Grab, Food Panda Pencarum Aktif Perkeso

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 7:45AM

Platform penyedia perkhidmatan, Grab Malaysia dan Food Panda, telah mendaftarkan hampir kesemua rakan penghantar mereka di bawah Skim Pekerjaan Sendiri Lindung (SPS Lindung) di bawah PERKESO. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 64,773 pencarum aktif yang terdiri daripada rakan penghantar Grab Malaysia dan Food Panda telah berdaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) setakat 9 Julai, 2021.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jumlah tersebut merangkumi 39 peratus daripada jumlah orang bekerja sendiri (OBS) aktif yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) iaitu kira-kira 166,000 orang.

“Saya menyeru semua platform penyedia perkhidmatan untuk turut mengikut jejak langkah Grab Malaysia dan Food Panda dalam menzahirkan keprihatinan mereka terhadap rakan penghantar seterusnya menyokong usaha kerajaan dengan memastikan rakan penghantar mereka didaftar, dicarum dan dilindungi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-62 yang dikeluarkan pada Khamis.

Tengku Zafrul berkata platform penyedia perkhidmatan, Grab Malaysia dan Food Panda, telah mendaftarkan hampir kesemua rakan penghantar mereka di bawah Skim Pekerjaan Sendiri Lindung (SPS Lindung) di bawah PERKESO.

Menurutnya, skim ini merupakan penambahbaikan kepada Program Dana Padanan Bagi Platform Ekonomi Gig (PenjanaGig) bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada orang yang bekerja sendiri di bawah SKSPS.

“Program antara PERKESO dan platform penyediaan penghantaran ini merupakan satu lagi pendekatan strategik dan proaktif dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri termasuk rakan penghantar.

“Kerjasama ini mencerminkan semangat pendekatan “whole of nation” di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Bagi memastikan golongan ini dilindungi dan menggalakkan mereka mendaftar, kerajaan melalui SPS Lindung menyediakan bantuan berbentuk pembiayaan penuh caruman SKSPS di bawah pelan dua, iaitu sebanyak RM232.80 untuk tempoh perlindungan setahun.

“Selaku peneraju kepada 133 platform penyedia perniagaan di Malaysia, Grab Malaysia dan Food Panda merupakan dua platform pertama yang tampil menyahut seruan tersebut dan hasilnya, rakan penghantar di bawah naungan mereka kini dilindungi oleh Skim Bencana Pekerjaan di bawah SKSPS,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, pengekalan penarafan kredit Fitch Ratings pada BBB+ terhadap Malaysia baru-baru ini menjadi bukti ketahanan ekonomi negara berdepan dengan ketidakpastian keadaan semasa.

Ini juga, katanya, mencerminkan kemampuan negara untuk terus menawarkan prospek pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh dan meluas, di samping menjadi satu pengiktirafan kepada polisi dan usaha kerajaan yang berterusan.

“Fitch Ratings telah mengekalkan kredit berdaulat Malaysia dengan prospek stabil dalam indeks “issuer default rating” atau penarafan kelalaian penerbit yang menjadi kayu ukur kepada keteguhan kredit negara-negara berdaulat di dunia.

“Secara ringkasnya, ini adalah seumpama penarafan kredit individu, cuma sistem penarafan ini berlaku pada skala yang lebih besar serta kompleks dan melibatkan sektor-sektor utama sebuah negara seperti sektor ekonomi, kewangan dan sebagainya,” katanya.

-- BERNAMA

TAG: Tengku Zafrul, Laksana ke-62, SKSPS, PERKESO, pencarum, Grab Malaysia, Food Panda


ZER ZER ZK NJ
 

Thursday , 22 July 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad