Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Siasat Video Tular Pelanggaran SOP Solat Aidiladha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 5:46PM

Pihak pengurusan tidak menyuraikan ratusan para jemaah yang yang solat di luar surau berkenaan. - Tangkap layar dari video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Polis Diraja Malaysia melakukan siasatan lanjut berhubung video tular ratusan individu dipercayai warga asing melanggar prosedur operasi standard (SOP) solat sunat Aidiladha dengan melakukan solat itu di kawasan terbuka dan tepi jalan di Surau Taman Pelangi, Juru di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya juga sedang mengesan semua jemaah terlibat yang dipercayai warga asing dan penduduk di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang tular itu.

“Berdasarkan siasatan awal, pihak surau memaklumkan surau tersebut dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha dengan kapasiti maksimum seramai 100 orang sahaja namun pagi tadi ia menerima limpahan kehadiran orang ramai yang mahu menunaikan solat itu melebihi jumlah yang dibenarkan untuk SOP solat sunat tersebut.

“Ekoran itu pengurusan surau telah mengarahkan mereka yang lain pulang dan menutup pintu pagar surau selepas kapasiti 100 jemaah telah cukup bagi mengelak lebih ramai yang masuk untuk menunaikan solat (sunat Aidiladha) dengan lebih 200 orang dipercayai kebanyakan warga asing bertindak solat di kawasan terbuka dan tepi jalan surau tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya pengurusan surau kemudiannya meneruskan solat sunat Aidiladha dan  tidak bertindak untuk menyuraikan mereka yang solat di luar kerana sedia maklum akan sensitiviti solat malah turut tidak menghubungi polis bagi memaklumkan keadaan itu.

Mohd Shuhaily berkata siasatan juga mendapati kejadian solat beramai-ramai di luar surau itu adalah tindakan spontan namun pihaknya menjalankan siasatan lanjut dan terperinci jika terdapat perancangan awal mereka berkumpul untuk menunaikan solat Aidiladha.

Katanya ratusan individu itu juga bersurai selepas menunaikan solat sunat Aidiladha yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 9 pagi dan berdasarkan keterangan awal pihak pengurusan surau, semua mereka menunaikan solat di kawasan terbuka tersebut mematuhi SOP dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan.

“Berdasarkan siasatan awal, pasukan polis telah membuat rondaan pematuhan SOP di kawasan surau itu pagi tadi dan 180 buah masjid serta 57 buah surau lain di seluruh negeri, namun tidak dapat mengesan awal insiden tersebut,” katanya.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jemaah-jemaah yang hadir  menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang itu boleh menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata pihaknya menjalankan siasatan kes itu menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan yang  merujuk kepada perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa dan Seksyen 270 kanun sama, iaitu perbuatan jahat yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

Mohd Shuhaily berkata berdasarkan maklumat, kawasan Taman Pelangi itu didiami lebih 8,000 orang di 23 buah flat di situ dengan 70 peratus penduduknya adalah warga asing yang bekerja di kilang-kilang di situ dan menjadi kebiasaan lebih 300 jemaah  solat Jumaat di surau berkenaan.

Katanya setakat ini tiada keperluan untuk pihak pengurusan surau itu dikompaun kerana mereka mematuhi SOP yang ditetapkan malah mengikut arahan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan menunaikan solat itu dalam masa singkat serta jumlah jemaah ditetapkan.

“Bagi pihak Polis Pulau Pinang saya meminta maaf berhubung kejadian itu dan saya mohon kepada semua masjid serta surau di negeri ini untuk mematuhi SOP dan memaklumkan kepada polis jika terdapat pelanggaran (SOP) atau orang ramai berkumpul dengan menghubungi talian 04-2217222,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kutip Deposit Antara Langkah Tangani Tunggakan Kos Perubatan Warga Asing

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Warga Asing Ditahan Lakukan Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 38 minit yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 44 minit yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket