web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Sensasikan Isu Caprice, Ebit Liew - Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 3:43PM

Caprice - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan tidak mensensasikan isu penyanyi rap Caprice yang mempersoalkan misi kemanusiaan Ustaz Ebit Lew ke Gaza, Palestin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, isu berhubung kedua-dua individu terbabit sedang hangat diperkatakan di media sosial susulan tindakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mempersoalkan misi kemanusiaan Ebit Lew.

Katanya, setakat ini tiada laporan diterima oleh polis berhubung isu berkenaan dan tiada kertas siasatan dibuka.

“Bagaimanapun, orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebar, membuat kenyataan berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang kerana ia merupakan kesalahan.

“Kesalahan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) kerana fitnah, Seksyen 504 KK kerana sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 505 KK kerana kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya. 

Abd Jalil berkata, orang ramai juga dinasihatkan tidak mensensasikan isu berkenaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi jika wujud perlanggaran undang-undang.

Isu itu mula kecoh selepas Caprice mempersoalkan sekeping foto dimuat naik oleh Ustaz Ebit di Instagramnya, memaparkan seorang kanak-kanak yang menerima mainan. 

Difahamkan foto berkenaan telah menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di Palestin. 

Menurut Caprice, tindakan Ustaz Ebit menggunakan kanak-kanak sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.

Sebelum kekecohan ini berlaku, menurut Caprice, dia sudah menghantar mesej peribadi yang panjang lebar, bagi menegur pendakwah bebas itu, namun tidak dilayan sebaliknya mendakwa, disekat dari terus mengikuti akaun laman sosial Ebit. - Getaran, 19 Julai 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad