Berita Terkini

9 minit yang lalu: Pembukaan Jambatan Bagan Datuk tarik minat pelabur - Ahmad Zahid 28 minit yang lalu: Kastam tumpas sindiket penyeludupan, rampas rokok RM1.5 juta 34 minit yang lalu: KPT perlu rangka pelan pembangunan bakat, pembinaan kapasiti untuk tingkat kecekapan - Khaled 54 minit yang lalu: Pasukan Petugas Khas diwujudkan bagi cari penyelesaian isu air di Kelantan dan Sabah - PM 1 jam yang lalu: Budak 3 tahun maut ditikam di Sydney

IKUTI KAMI


Polis Terbabit Gangguan Seksual Perlu Tindakan Tegas - Peguam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 8:27AM

Syahredzan Johan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Ketika negara berperang dengan pandemik COVID-19, petugas barisan hadapan adalah kumpulan individu yang sering dipandang hormat, kerana usaha murni mereka dalam membantu negara memerangi virus berasal dari Wuhan, China itu.

Namun, baru-baru ini kecoh di media sosial, apabila dua wanita menerusi ciapan di Twitter mendedahkan, mereka diganggu secara seksual oleh anggota polis dalam sekatan jalan raya berasingan.

Susu sebelanga sering rosak akibat nila setitik dan itulah yang terjadi apabila laman rasmi Twitter dan Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibanjiri kecaman masyarakat serta netizen, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.

Masyarakat sudahnya seakan tersepit, antara gerun dengan kuasa dimiliki PDRM khususnya ketika menjalankan sekatan jalan raya, atau hak sebagai rakyat yang dilindungi undang-undang.

Peguam, Syahredzan Johan ketika mengulas isu berkenaan dari aspek perundangan berkata, majoriti anggota polis di Malaysia menjalankan tugas secara profesional dan bertanggungjawab, namun tidak dapat dinafikan masih wujud golongan yang menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Isu yang tular baru-baru ini, melibatkan 2 orang wanita diganggu ketika melakukan sekatan jalan raya adalah sesuatu perkara yang tidak wajar.

“Sekiranya insiden tersebut dibuktikan, maka tindakan undang-undang, termasuk membabitkan tatatertib perlu diambil ke atas individu terlibat,” katanya kepada Getaran.

Merujuk kepada dua insiden berkenaan, beliau yang juga aktivis perundangan berkata, kejadian itu adalah perkara serius dan tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi ia membabitkan integriti dan kewibawaan PDRM.

“Saya lihat bukan satu aduan dimuat naik di Twitter tapi lebih daripada itu. Jadi adalah lebih elok aduan dibuat terus ke balai polis berdekatan agar isu ini dapat dikawal dan pada masa sama, membolehkan individu terbabit dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau menarik perhatian, perkara seumpama itu jika didiamkan, dibimbangi akan terus merebak bagaikan barah, apabila pihak berkaitan merasakan seolah-olah mereka terlepas daripada sebarang tindakan.

“Sekiranya ada insiden mengenai gangguan seksual melibatkan anggota polis, individu yang terlibat wajib membuat laporan, bagi memastikan imej pasukan keselamatan negara ini tidak tercemar atau dipandang hina.

“Saya berpendapat, insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti anggota polis, justeru amat penting bagi pihak atasan menangani perkara ini secara terperinci dan mendalam bagi menjaga nama baik pasukan PDRM,” tegasnya.

Tindakan pada kadar segera jelasnya lagi, perlu diambil terhadap anggota atau pegawai polis yang terlibat melanggar disiplin ketika menjalankan tugas.

“Sekiranya aduan yang dibuat kedua-dua wanita tersebut betul, maka anggota yang terlibat perlu dikenakan tindakan  dan didakwa atas kesalahan yang dilakukan.

“Kita perlu bekerjasama dalam memberikan maklumat bagi memastikan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan demi menjaga nama baik pasukan polis secara amnya,” tegas Syahredzan.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyiasat dengan terperinci aduan dibawa dua wanita terbabit bagi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Dalam kes di Jalan Duta di sini, seorang wanita mendakwa diajukan soalan berunsur seksual, apabila diminta menaikkan baju yang dipakai, sebagai bukti beliau tidak mengenakan pakaian dalam ketika kejadian.

Merasakan dirinya diganggu secara seksual, mangsa bertindak memuat naik ciapan di Twitter, yang kemudian mendapat reaksi hangat netizen, apabila semakin ramai mendedahkan mereka juga pernah mengalami kejadian hampir sama.

Ia termasuk kejadian menimpa seorang gadis di Pulau Pinang, yang mendakwa beliau ditahan, sebelum diminta menyerahkan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan dan telefon bimbit.

Mangsa berkata, beliau kemudian dihubungi anggota polis terbabit untuk berkenalan dengan lebih rapat.

Kejadian seperti ini mungkin terpencil tetapi ia tidak menghalang mangsa daripada mendapatkan perlindungan dan pembelaan dari aspek perundangan, jika benar ia berlaku.

Sekiranya anda berdepan dengan gangguan seksual atau keganasan, sila hubungi Persatuan Tindakan Semua Wanita (AWAM) di talian Hotline 016-237422, Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah (SAWO) di talian 088-280200, Pusat Kesedaran wanita (WCC), Pulau Pinang di talian 04-2280342, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di talian 03-7956388 atau hubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi mendapatkan perlindungan. - Getaran, 15 Febuari 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan, Jumlah Tangkapan Kes Gaduh Di Tampoi Kini 14 Orang

2

Semasa 2 hari yang lalu

Suspek Rompak Farmasi Guna Sabit Diburu

3

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Gangguan Seksual Dipandang Serius, Langgar Hak Asasi Manusia

4

Semasa 6 hari yang lalu

Sila Batalkan Pesta Seks ‘Gang Bang JB Party’ Atau… - Polis Johor

Sorotan

1

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

3

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kenyataan MB Kedah, P. Pinang Milik Kedah Satu Hasutan - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Sanusi Langgar Perlembagaan Persekutuan, Gugat Perpaduan Negara – Guan Eng

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan, Jumlah Tangkapan Kes Gaduh Di Tampoi Kini 14 Orang

Semasa 17 jam yang lalu

Cuaca Panas: Solat Hajat Mohon Doa Kesejahteraan Diadakan Esok - Na'im