web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Boleh Terus 'Walk-In' Ke PPV, Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 8:45PM

Warga emas yang masih belum menerima tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19 boleh terus walk-in di mana-mana PPV di Lembah Klang, mulai esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas boleh jumpa terus (walk-in) di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) di Lembah Klang mulai esok (17 Julai), untuk menerima suntikan COVID-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kaedah tersebut hanya dikhususkan kepada golongan warga emas yang sehingga kini masih belum menerima tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19.

“Warga emas yang hadir akan dibenarkan masuk ke PPV menggunakan laluan khas yang disediakan,” katanya dalam sidang media perkembangan PICK secara maya bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Pelaksanaan kaedah vaksinasi secara jumpa terus bagi warga emas berusia 60 ke atas itu diumumkan oleh Dr Adham dalam satu sidang media khas Kementerian Kesihatan, semalam.

Memperincikan perkara itu, Khairy berkata petugas di PPV akan mendaftarkan warga emas berkenaan secara manual sekiranya mereka belum mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau di laman sesawang rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Petugas PPV juga akan mendapatkan maklumat waris atau keluarga untuk dihubungi bagi tujuan peringatan vaksinasi dos kedua, katanya.

Bagaimanapun, Khairy mengingatkan warga emas yang telah diberikan tarikh janji temu agar tidak datang ke PPV secara jumpa terus bagi mendapatkan vaksinasi sebaliknya menunggu tarikh yang telah ditetapkan.

“Kaedah 'walk-in’ ini hanya untuk warga emas yang belum menerima tarikh janji temu sahaja. Yang sudah terima tarikh melalui MySejahtera, sila ikut tarikh yang ditetapkan. Saya beri jaminan, mereka akan terima suntikan dos pertama sebelum 1 Ogos ini,” katanya.

Kira-kira 2.68 juta warga emas telah mendapat sekurang-kurangnya suntikan dos suntikan vaksin COVID-19 melalui fasa kedua PICK yang dikhususkan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah komorbid selain Orang Kurang Upaya. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad