web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kritik Kerajaan, Kain Rentang Di Kuantan Sudah Diturunkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 8:58PM

Kain rentang ini telah diturunkan oleh PBT selepas gambarnya tersebar menerusi media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus berdepan kritikan pelbagai pihak, atas apa yang disifatkan sebagai satu kegagalan dalam mentadbir urus negara, khususnya ketika berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Bandaraya ini tidak terkecuali apabila beberapa pihak dilihat menggantung kain rentang di beberapa lokasi, yang kemudiannya tersebar luas di media sosial, khususnya Twitter bermula awal pagi semalam.

Seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama @HermyRahim berkata, kain rentang berkenaan dikatakan dipasang pada palang jejantas di Jalan Beserah, Jalan Air Putih, di sini, selain didakwa turut digantung berhampiran jejantas Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat Permatang Badak. 

Ciapan beliau itu menerima pelbagai reaksi dan mendapat lebih 13,900 ulang ciap serta 17,900 tanda suka. 

Selain di Kuantan, kain rentang itu juga dikatakan turut dipasang di bandar Chukai, dekat Kemaman, Terengganu.

Bagaimanapun Getaran difahamkan, semua kain rentang terbabit sudah diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas gambar berkenaan tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp, tengah hari semalam. 

Sebelum ini, insiden sama pernah dilaporkan di Kelantan pertengahan bulan Mei lalu dan beberapa negeri lain seperti Melaka dan Parit Raja di Johor. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden pemasangan kain rentang yang mengkritik kerajaan pada 22 Mei lalu, namun memaklumkan, pihaknya akan terus memantau perkara itu bagi mengelak kejadian tidak diingini. 

Tindakan memasang kain rentang terbabit dipercayai berpunca daripada rasa marah dan tidak berpuas hati dengan pendekatan diambil kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani penularan pandemik COVID-19 di negara ini. 

Walaupun kerajaan sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu disusuli menguatkuasaan Proklamasi Darurat pada awal tahun ini, jumlah kes positif COVID-19 masih belum menunjukkan penurunan. 

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan, 11,618 kes direkodkan di seluruh negara, iaitu satu peningkatan berbanding hari sebelumnya.

Jumlah kes hari ini pula melonjak kepada 13,215, yang tertinggi pernah dicatatkan sejak negara mula berdepan ancaman wabak Januari tahun lalu. - Getaran, 15 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar