web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Catat Dos Tertinggi Vaksin Semalam - Dr Adham 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 12:05PM

434,828 dos suntikan vaksin telah diberikan setakat semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan dos pemberian vaksin harian tertinggi setakat semalam dengan 434,828 dos suntikan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berkongsi kenyataan di laman Twitternya, Dr Adham berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 279,938 individu menerima dos pertama dan 154,890 lagi melengkapkan dos kedua.

"Jumlah terbaharu itu menjadikan  keseluruhan individu yang telah lengkap dua dos vaksin ialah 4,003,266 atau 12.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia," katanya.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari adalah sebanyak 12,647,558 dos. 

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kes positif COVID-19 terus merekodkan peningkatan sehingga lima angka dengan 11,618 kes baharu dilaporkan pada Rabu.

Lembah Klang masih menjadi menyumbang utama peningkatan kes tersebut apabila Selangor merekodkan 5,051 kes dan 1,749 di Kuala Lumpur.- Getaran, 15 Julai 2021.

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad