web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Kompromi Dengan Pendera Kanak-Kanak - Ras Adiba

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 7:40AM

Ras Adiba menggesa supaya Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda dengan segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman yang lebih berat dan setimpal. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran menubuhkan pasukan petugas khas membabitkan agensi penguatkuasa bagi membanteras jenayah penderaan kanak-kanak di negara ini.

Selain itu, Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 harus dipinda dengan segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman yang lebih berat dan setimpal. 

Ahli Dewan Negara mewakili Orang Kurang Upaya (OKU) Senator Datuk Ras Adiba Radzi, yang memandang serius kes penderaan kanak-kanak yang kian meruncing di negara ini, berkata beliau tidak akan sama sekali berkompromi dengan kesalahan membabitkan golongan itu terutama OKU.

“Tindakan tegas wajib diambil dan pelaku kes penderaan serta penganiayaan kanak-kanak perlu dihadapkan ke muka pengadilan supaya isu penderaan kanak-kanak di negara ini tidak berterusan.

"Saya menggesa agar pihak berkuasa tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang disyaki terlibat dengan penderaan dan penganiayaan kanak-kanak yang menjadi kesalahan jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” menurutnya dalam kenyataan di sini. 

Beliau berkata usaha itu juga selaras dengan komitmen kerajaan kepada agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 yang turut memberi penekanan untuk menamatkan penyalahgunaan, eksploitasi, pemerdagangan manusia dan segala bentuk keganasan serta penyiksaan terhadap kanak-kanak. 

Katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan terdapat 2,040 kes penderaan terhadap kanak-kanak yang berlaku antara Januari hingga April tahun ini. 

Ras Adiba turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertindak proaktif untuk memastikan kanak-kanak di negara ini diberi keutamaan dari segi pemeliharaan serta perlindungan. 

Beliau berkata semua lapisan masyarakat harus memainkan peranan serius serta melaporkan kes penderaan kepada pihak berkuasa kerana ini merupakan tanggungjawab bersama. 

“Kita perlu berganding bahu untuk mengangkat satu mesej bahawa penderaan adalah satu jenayah. Kanak-Kanak ada hak dan ruang untuk menikmati sebuah kehidupan yang aman dan berkualiti. Semua pihak mesti patuhi Akta Kanak-Kanak 2001 serta Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad