web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Kesan Tompokan Disyaki Air Mani Ditemukan Pada Sarung Tilam Di Rumah Adun Tronoh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 7:59PM

Paul Yong didakwa merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu sebanyak lapan kesan tompokan disyaki air mani ditemukan pada sarung tilam di rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong yang didakwa merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia.

Pegawai siasatan tempat kejadian Inspektor V Simon, 38, dari Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi.

“Ada jumpa juga empat helai rambut pada tilam,” kata saksi pendakwaan ke-14 itu semasa ditunjukkan barang kes bagi tujuan pengecaman.

Beliau berkata antara barang kes lain yang diambil dari tempat kejadian ialah mop, seluar dalam lelaki warna kelabu, pakaian, seluar pendek warna biru, seluar dalam warna merah jambu dan baju dalam warna biru.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed yang mendengar perbicaraan kes itu kemudian menangguhkan prosiding hari ini dan saksi tersebut akan menyambung keterangannya esok.

Yong, 51, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di kediamannya di Meru Desa Park di sini antara 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

ADUN Tronoh itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan Chor Pei Sun, 47, kakitangan Bahagian Pemasaran Jualan di agensi pembantu rumah yang menguruskan pekerjaan mangsa yang menyatakan syarikat tersebut pernah menerima panggilan daripada majikan berhubung isu pemeriksaan kesihatan warga Indonesia itu sebelum kejadian.

“Saya pernah terima panggilan daripada majikan iaitu Puan Yong sebelum kes ini yang tanya mengenai pemeriksaan kesihatan dia (mangsa) ada masalah atau tidak," kata saksi pendakwaan ke-11 itu ketika disoal peguam Salim Bashir.

Chor bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Salim bahawa isteri Yong telah menghubunginya untuk mengetahui sama ada mangsa mempunyai isu mental sebelum dibawa ke negara ini.

Saksi itu juga berkata dia hanya sekali menerima panggilan daripada majikan mangsa iaitu berkaitan pemeriksaan kesihatannya sama ada diluluskan atau tidak oleh Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA).

Pada prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar keterangan tiga lagi saksi iaitu Kwan Mei Yee, 46, kerani agensi pembantu rumah yang menjawab panggilan daripada pihak Kedutaan Besar Indonesia yang memaklumkan mengenai aduan mangsa pada 8 Julai 2019.

Dua lagi ialah pengarah agensi pembantu rumah itu Hong Ngin Sin dan pemandu syarikat tersebut, Tan Cheoh Teong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 3 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad