web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peningkatan Kes COVID-19 Kerana Saringan Besar-Besaran - TPM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 12:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan jumlah kes COVID-19 adalah disebabkan ujian saringan secara besar-besaran dan bersasar dilakukan di kebanyakan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan telah menjangkakan kes COVID-19 akan meningkat apabila PKPD dilaksanakan di 36 mukim di Selangor dan 16 lokaliti di Kuala Lumpur.

“Apabila kerajaan buat PKPD maka kita akan melakukan saringan ujian COVID-19 secara besar-besaran dan sudah tentu sahaja ada peningkatan kes COVID-19.

“Sebagai contoh di PKPD PPR (Program Perumahan Rakyat) Kampung Kerinchi, saringan COVID-19 telah dibuat tadi dan ramai juga didapati positif COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas meninjau PKPD PPR Kampung Kerinchi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peningkatan kes COVID-19 lebih 9,000 sejak kebelakangan ini.

“Jadi inilah yang menyebabkan jumlah kes COVID-19 dilihat meningkat kerana kawasan PKPD ini menyumbang kepada kes COVID-19, yang akhirnya akan turun juga,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan ujian saringan COVID-19 setiap hari di kawasan PKPD.

“Sebagai contoh bagi penduduk di kawasan PKPD di Selangor, banyak klinik swasta yang dibuka secara ‘walk-in’ untuk buat ujian saringan COVID-19 ... perkara itu juga menyumbang kepada peningkatan kes sehingga PKPD ditamatkan,” katanya.

Ismail Sabri berkata KKM menjangkakan kes COVID-19 akan terus meningkat dan kerajaan sedang berusaha untuk menambah bilangan katil agar dapat merawat pesakit yang positif COVID-19.

Selain itu, beliau juga berkata sehingga hari ini terdapat 200 kes positif COVID-19 di PPR Kampung Kerinchi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TPM Fadillah Ucap Tahniah Pelantikan Wan Junaidi Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad