web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rina Akan Pastikan Permohonan Rumah Fendy Caliph Buskers Diuruskan Segera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 7:10PM

Rina melakukan kunjungan ke rumah Fendy dan berjanji akan memastikan permohonan rumah mampu milik DBKL yang dipohon Fendy diuruskan segera. - Gambar dari Facebook Rina Mohd Harun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keperitan hidup yang dilalui pemain dram kumpulan muzik terkenal Caliph Buskers, Fendy Adlun, 30, setelah lebih setahun pendapatannya terjejas akibat pandemik COVID-19 mendapat perhatian kerajaan. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan  Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pihaknya akan memastikan permohonan rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sebelum ini pernah dimohon Fendy, diuruskan dalam kadar segera. 

“Saya akan bawa pegawai DBKL untuk proses permohonan ini dan diselesaikan secepat mungkin… rumah yang disewa ketika ini RM1,300 sebulan.

Beliau sebelum ini merupakan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi sejak tahun 2019 disebabkan pendapatan yang melebihi daripada sepatutnya, beliau tidak dapat bantuan itu secara berterusan dan dihentikan,” katanya selepas melakukan kunjungan ke kediaman Fendy di sini, hari ini. 

Rina berkata bagaimanapun dalam keadaan pandemik kini, ramai yang terjejas termasuk golongan orang kurang upaya (OKU). 

“Kerajaan tidak meminggirkan OKU dan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ada pakej bantuan untuk OKU terjejas pendapatan iaitu bantuan RM500 sebulan selama tiga bulan berturut-turut melibatkan peruntukan RM30 juta.

''Saya juga sudah berhubung dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk bantuan melalui Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) dan Dana Kreatif Malaysia kepadanya. sukarelawan akan memantau kelangsungan hidup bapa tunggal itu dengan anak perempuannya Nur Azalea Zafirah berusia 6 tahun,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang turut melawat Fendy berkata pihaknya akan membantu Fendy untuk menjana semula pendapatan melalui sistem "freelance" ekonomi yang dibina bersama KKMM di bawah program Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi myGIGI dan Glow. 

“Kita akan raih sumbangan secepat mungkin bagi membeli set dram elektrik untuk beliau mencari nafkah hidup secara dalam talian,” katanya. 

Dua set dram yang sebelum ini menjadi punca mata pencarian Fendy telah dijual sebagai usaha untuk menampung perbelanjaan harian termasuk perbelanjaan anaknya yang juga OKU penglihatan,

Fendy berkata: “Dua set dram kesayangan yang dibeli sekitar RM4,500 terpaksa dijual pada harga RM1,500, RM2,000 selepas duit simpanan yang digunakan semakin berkurang, saya agak terbeban untuk tampung sewa rumah, bil utiliti dan sebagainya sejak Januari 2020 bila tiada lagi persembahan dan hanya menggunakan duit simpanan untuk kelangsungan hidup. 

Sekarang saya ada buat 'busking’ secara langsung setiap Sabtu pukul 9 malam menerusi Facebook dan YouTube dan ini juga antara usaha untuk jana pendapatan setakat apa yang saya mampu, kalau saya celik sudah tentu saya buat Foodpanda atau Grabfood,” katanya. 

Semalam, tular sebuah video yang telah dimuat naik ke laman media sosial memaparkan pemuzik ini  yang membuat pemakluman kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai bebanan yang sedang ditanggung dirinya untuk menyara anak perempuannya berikutan pandemik COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad