web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Dera, Polis Jalankan Siasatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 9:33PM

Kanak-kanak berusia 13 tahun yang menjadi mangsa dera ini diserahkan kepada NGO berkenaan sebagai anak angkat, tahun lepas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Tidak berperikemanusiaan, itulah gambaran perlakuan terhadap seorang kanak-kanak perempuan sindrom down di sini, yang dipercayai didera di sebuah rumah kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur, setahun lepas.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan Rosnah Sardi berkata, kanak-kanak berusia 13 tahun itu berada di bawah jagaan Taman Sinar Harapan (TSH) Tuanku Ampuan Najihah di sini sejak tahun 2011, sebelum diserahkan kepada rumah kebajikan NGO berkenaan sebagai anak angkat, tahun lepas.

Menurutnya, selepas terbongkarnya kejadian dera berkenaan, Pelindung JKM Kuala Lumpur yang menguruskan kes penderaan kanak-kanak itu, telah mendapatkan perintah daripada Mahkamah Kanak-Kanak  Kuala Lumpur untuk menempatkannya di tempat selamat iaitu, di TSH.

“Atas faktor kanak-kanak itu yang merupakan orang kurang upaya (OKU), dia telah ditempatkan di TSH sejak dua hari lepas, berikutan TSH adalah tempat yang paling sesuai untuk diberi penjagaan dan rawatan sewajarnya.

“TSH sebuah institusi OKU di bawah JKM akan memberi jagaan terbaik kepada kanak-kanak berkenaan, kerana bagi menangani trauma penderaan yang dialami,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan orang ramai untuk terus menghubungi JKM sekiranya mengesyaki berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak, tanpa mengira kaum, bangsa dan warganegara, untuk melaporkannya melalui Talian Kasih di 15999.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Saiful Annuar Yusof ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Semalam, tular di laman sosial Facebook apabila seorang wanita mendedahkan perkara itu dan mendakwa kanak-kanak berkenaan didera, termasuk disiram air panas dan diikat ketika berada di rumah penjagaan NGO terbabit.

Menurutnya, perkara itu terbongkar apabila pemilik, petugas dan beberapa penghuni rumah kebajikan tersebut dijangkiti wabak COVID-19, termasuk kanak-kanak berkenaan yang kemudiannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama 10 hari. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad