web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HKL: Semua Katil Digunakan, Lantai Mempunyai Permukaan Rata Terbaik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2021 9:10AM

seorang doktor yang dipercayai berkhidmat di Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL mendedahkan mereka sebenarnya sudah tidak mampu untuk menampung pesakit baharu di hospital itu. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hospital Kuala Lumpur (HKL) tampil memberi penjelasan berhubung isu tular di media sosial, berkenaan seorang pesakit yang dirawat di atas lantai di Jabatan Kecemasan dan Trauma, baru-baru ini.

Pengarahnya Datuk Dr Heric Corray berkata, pesakit itu dibawa ke unit berkenaan sebelum secara tiba-tiba berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan tiada denyutan serta tidak bernafas.

“Bagaimanapun ketika itu, semua katil telah digunakan dan hanya lantai yang mempunyai permukaan rata yang terbaik, maka CPR (Cardio-Respiratory Resuscitation) dilakukan serta merta. Bagaimanapun pesakit tidak dapat diselamatkan.

“Oleh kerana sebab kematian tidak dapat dikenal pasti, jenazah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat (post mortem) dan kini menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang doktor yang dipercayai berkhidmat di Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL mendedahkan, bahawa mereka sebenarnya sudah tidak mampu untuk menampung pesakit baharu di hospital itu.

Dr Heric tidak menafikan bahawa penggunaan katil di HKL pada masa ini adalah meningkat, berikutan terdapat pertambahan penerimaan kes COVID-19 dengan kebanyakan kes adalah tahap empat, namun perancangan terhadap pengurusan katil sentiasa diteliti, dengan penggunaannya hanyalah mengikut keperluan semasa.

Menurutnya pada masa yang sama HKL juga telah menangguhkan kes-kes pembedahan elektif sejak Disember tahun lepas, bagi memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang lebih memerlukan penggunaan katil.

Menyentuh laporan tentang kekangan kapasiti katil serta petugas di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula, jelasnya penggunaan katil di unit itu pada masa ini adalah berada di tahap sangat tinggi, namun alat perubatan seperti oksigen, katil dan lain-lain sentiasa berada di dalam perancangan.

“Selain itu, tenaga kerja di ICU turut dibantu oleh petugas yang juga merupakan kakitangan yang bertugas di wad-wad biasa, serta klinik di HKL,” katanya.

Sementara itu berhubung isu bekalan oksigen di wad pula, beliau berkata ketika ini bekalan oksigen sama ada jenis piping atau silinder masih di tahap yang mencukupi.

Katanya HKL sentiasa menyusuli syarikat pembekal, bagi memastikan proses bekalan sentiasa di tahap optima bagi keperluan oksigen di wad-wad HKL.

“Sekiranya terdapat keperluan bekalan oksigen yang tinggi pada satu-satu masa, bekalan tersebut akan diambil daripada wad yang kurang penggunaannya, dan digunakan di wad yang lebih memerlukan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad