web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Doktor Kontrak KKM Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - Dr. Adham

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 5:20PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Isu pegawai perubatan kontrak yang belum diserap ke jawatan tetap akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. 

Beliau berkata sehingga 31 Mei lepas terdapat 35,216 lantikan secara kontrak bagi tiga skim utama iaitu Pegawai Perubatan UD41 seramai 23, 077 orang, Pegawai Pergigian UG41 (5,000 orang) dan Pegawai Farmasi UF41 seramai 7,139 individu.

"Saya mohon doktor-doktor yang sedia ada dalam skim kontrak supaya bersabar dan bertenang. 

Kertas kerja telah disiapkan dan kita akan lihat keputusan jemaah menteri nanti," katanya ketika ditanya pemberita  mengenai perkara  itu  pada sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini hari ini. 

Sebelum ini  Dr Adham berkata KKM telah melaksanakan penambahbaikan skim pegawai perubatan kontrak iaitu menaikkan gaji dari UD41 kepada UD43 hampir menyamai gaji pegawai perubatan tetap. 

Media melaporkan kira-kira 23,000 doktor berjawatan kontrak akan melakukan Tindakan Hartal Doktor Kontrak atau mogok di seluruh negara yang dijadualkan pada 26 Julai ini. 

Ia berikutan setelah pelbagai cara dilakukan kumpulan berkenaan bagi memastikan mereka diserap ke dalam perkhidmatan tetap, masih gagal. 

Sementara itu, Dr Adham berkata sejak akhir 2020 hingga kini seramai 200 pegawai psikologi dilantik dan akan disambung perkhidmatan mereka pada 2022 untuk meneruskan penyampaian kesihatan mental kepada barisan hadapan dan masyarakat.

Katanya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,  senario kesihatan mental di negara ini menunjukkan peningkatan impak terhadap permasalahan kesihatan mental.

"Sebanyak 91.2 peratus daripada panggilan talian bantuan yang kami terima, memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. 

Antara lainnya kerana faktor seperti stres keterlaluan, murung, hilang harapan untuk meneruskan kehidupan, hilang sumber pendapatan, perselisihan dengan pasangan serta keluarga dan stigma terhadap jangkitan,”katanya. 

Katanya KKM dan pelbagai kementerian serta jabatan sentiasa bersepadu dalam mengambil inisiatif dari pelbagai aspek bagi menangani masalah kesihatan mental.

Beliau berkata  ia termasuk mempertingkatkan Latihan Bantuan Asas Psikologi kepada barisan hadapan dan anggota agensi lain, pelaksanaan konsep “task shifting” iaitu pemerkasaaan masyarakat dengan memberi latihan dan kemahiran kepada individu di luar KKM untuk menyampaikan advokasi dan sokongan serta intervensi psikososial kepada masyarakat. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar