web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambil Metamfetamin, Selebriti Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 8:58PM

Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Seorang selebriti wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam penyalah gunaan dadah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, selebriti berusia 34 tahun itu ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai di sini.

Menurut beliau, suspek dibawa ke pejabat narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi menjalani saringan awal.

"Keputusan ujian mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa kepada hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya," katanya di sini hari ini.

Mohd Fazley berkata, suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangannya diambil.

"Kami ingin mengingatkan orang ramai, sebarang aktiviti berkaitan dadah adalah satu kesalahan dan pihak polis amat mengalu-alukan kerjasama serta maklumat bagi membanteras gejala ini," katanya. - Getaran, 29 Jun 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad