Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Masalah Air Berbau, 60,000 Pemegang Akaun Terjejas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 10:54AM

Penduduk Kampung Paya Lengkong, Merlimau, Ramdzan Ali, 51, menghidu air paip rumahnya yang berbau busuk.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kira-kira 60,000 pemegang akaun di 21 kawasan di Merlimau termasuk Jalan Sungai Rambai, mengalami gangguan masalah air berbau, dipercayai berpunca daripada limpahan sisa sawit ke sungai utama yang menjadi sumber bekalan air mentah.

Timbalan Pengerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Datuk Zaidi Atan berkata, tindakan segera sudah diambil pihaknya dalam mengatasi masalah berkenaan, yang mencetuskan rasa tidak senang dan kerisauan dalam kalangan penduduk.

Beliau berkata, antara kawasan terjejas adalah di seluruh Taman Muhibah, Serkam Pantai, Anjung Batu, Taman Bukit Tembakau Indah, Jalan Batu Gajah, Jalan Penghulu Simen, Tedong Pantai, Jalan Parit Putat dan Jalan Parit Sidang Seman serta Jalan Sebatu.

“Lewat petang semalam, saya dimaklumkan bekalan air di beberapa kawasan kembali normal dan tiada lagi bau busuk seperti sebelumnya, justeru kita jangkakan masalah ini dapat diatasi dalam tempoh dua hari.

“Cuaca hujan lebat di kawasan Sungai Lanchang dipercayai menyebabkan air sisa kelapa sawit berdekatan melimpah ke sungai utama, yang airnya dipam ke Rumah Pam Lanchang untuk disalurkan ke Loji Air Merlimau,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, SAMB juga sudah menggunakan sumber air mentah secara maksimum daripada Sungai Gersik, Muar, Johor untuk Loji Air Merlimau sepanjang proses pemulihan gangguan ini.

“SAMB juga sudah mengambil tindakan menggantikan air berbau melalui tindakan flushing pada sistem rangkaian pengguna yang terjejas, malah ujian kualiti parameter fizikal ke atas sampel air dijalankan di lokasi terbabit juga mendapati, parameter air terawat dibekalkan masih mematuhi piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jika boleh kita tidak mahu membuang kesemua air di Loji Air Merlimau kerana proses pembuangan dan pembersihan itu mengambil masa sehingga tujuh hari, dan ia turut membabitkan catuan air untuk memenuhkan kembali loji,” katanya.

Sementara itu, penduduk di Kampung Paya Lengkong, Merlimau, Ramdzan Ali, 51, berkata, ini adalah kali kedua gangguan air berbau berlaku, selepas kali pertama awal bulan lalu, apabila air paip di rumah mengeluarkan bau busuk seperti buah yang sudah rosak.

“Kejadian kelmarin paling teruk berbanding awal bulan lalu apabila bancuhan air Nescafe bertukar rasa masam, malah pakaian yang sudah dicuci turut berbau sehingga menyebabkan keadaan menjadi tidak selesa.

“Air itu berwarna jernih seperti biasa namun mempunyai bau yang amat busuk. Saya ada terfikir hendak membeli air mineral untuk kegunaan, namun apabila difikirkan kos dan keadaan sekarang, terpaksa jugalah minum air berbau,” katanya. - Getaran, 29 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Reman 6 Suspek Sindiket Dadah Disambung 7 Hari

3

Budaya 1 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Laungan Keramat 'Merdeka' Kembali Bergema Di Banda Hilir Selepas 68 Tahun

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Semasa 1 hari yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

Luar Negara 1 hari yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar