web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kadar Ro/Rt Nasional Kekal Bawah 1.0 - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 11:41AM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Ro/Rt) nasional kekal di bawah 1.0 walaupun kes harian menunjukkan peningkatan sejak tiga hari lalu.

Berdasarkan perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook miliknya, nilai Ro/Rt nasional semalam menunjukkan penurunan apabila berada pada bacaan 0.96 berbanding 0.98 pada hari sebelumnya.

Menurut graf itu, jangkaan Ro/Rt di Negeri Sembilan kekal tertinggi iaitu pada bacaan 1.04.

Selain itu, lain-lain negeri di seluruh negara mencatatkan jangkaan kebolehjangkitan COVID-19 pada bacaan di bawah 1.0.

Kadar kebolehjangkitan di Melaka adalah pada 0.99, Sarawak (0.99), Selangor (0.97), Kedah (0.97), Labuan (0.96), Pahang (0.95), Kuala Lumpur (0.95), Perak (0.91), Pulau Pinang (0.91), Johor (0.91), Sabah (0.90), Kelantan (0.80), Putrajaya (0.88), Terengganu (0.66) dan Perlis (0).

Menurut Dr Noor Hisham, pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan mampu menurunkan kadar kebolehjangkitan nasional dan di negeri masing-masing, manakala kegagalan untuk mematuhi bakal menyumbang kepada ledakan kes harian. - Getaran, 26 Jun 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad