web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakal Dijual Tidak Lama Lagi, Kerajaan Tidak Sensitif Isu MAHB - Kesatuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 3:14PM

Gabungan kesatuan pekerja MAHB seluruh negara mendakwa kerajaan masih berkeras mahu menjual Lapangan Terbang Subang. - Gambar Sadiq Asyraf

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan kesatuan pekerja Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) seluruh negara mendakwa, kerajaan masih berkeras mahu menjual Lapangan Terbang Subang kepada sebuah syarikat swasta, WCT Holdings.

Dibarisi Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Semenanjung Malaysia (KESMA), Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Sarawak (KEPEMAB) serta Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Sabah dan Labuan (KEPMAS), mereka mendakwa ia bakal berlaku sedikit masa lagi.

Jurucakap gabungan, Hussin Shahar berkata, kertas cadangan penjualan lapangan terbang tersebut dipercayai akan dibentang oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.

Menurut beliau, perkembangan itu amat mendukacitakan, kerana ia menggambarkan betapa kerajaan tidak sensitif dalam menangani isu tersebut.

“Jelas di sini bahawa kerajaan melalui semua kementerian berkenaan hanya memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap semua cadangan yang dikemukakan oleh MAHB selama ini.

“Kami ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak akan berdiam diri dan akan terus berjuang dalam menegakkan kepentingan warga kerja Lapangan Terbang Subang,” katanya dalam satu sidang media secara maya, di sini hari ini.

Pengerusi MAHB, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum ini mendakwa, Muhyiddin sudah dimaklumkan tentang pembangunan lapangan terbang itu, yang akan dilakukan menerusi agenda Subang Airport Regeneration.

Agenda berkenaan katanya, sama sekali tidak melibatkan penjualan lapangan terbang tersebut.

“Pengambilan ini bercanggah dengan prinsip asas penswastaan lapangan terbang kerana ia membabitkan penggabungan semua premis itu bagi menyediakan kemudahan berkenaan kepada semua rakyat.

“Pihak kami tidak akan berdiam diri dan akan terus berjuang dalam menegakkan kepentingan warga kerja LTSAAS dan rangkaian Lapangan Terbang MAHB dan seterusnya rakyat Malaysia secara amnya termasuk mengadakan piket dan juga mogok pekerja dalam industri pengangkutan diseluruh negara melalui gabungan kesatuan yang ada,” kata Hussin.

Lapangan Terbang Subang yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dimiliki sepenuhnya oleh MAHB, dan ia adalah antara tujuh daripada 39 lapangan terbang yang memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan.

LTSAAS dikendalikan oleh WCT Holdings, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Desmond Lim menerusi anak syarikatnya, Subang Sykpark Sdn Bhd.

“WCT Holdings ialah syarikat bukan milik rakyat dan hasil dari pengurusan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang ini menambahkan lagi kekayaan pemlik individu.

“Pengambilan ini juga merupakan satu usaha jahat untuk memecah belahkan semangat kekeluargaan warga kerja MAHB yang dipupuk sekian lama. Ini pastinya akan menjejaskan semangat dan moral mereka,” tegas Hussin.

WCT dikatakan mahu membeli lapangan tersebut, khusus bagi membangunkan projek ‘bandar lapangan terbang’.

Adalah dianggarkan penjualan berkenaan berpotensi mencatatkan kerugian berjumlah RM11.9 billion, berdasarkan tempoh perjanjian konsesi Lapangan Terbang Subang yang hanya akan tamat pada 2069.

Sementara itu, Hussin sekali lagi menyuarakan seruan untuk Zambry meneruskan usaha membantah penjualan lapangan terbang terbabit.

“Sehingga kini kami tidak menerima apa-apa maklum balas secara terus daripada pihak Datuk Seri.

“Kesatuan sedar dan memahami bahawa Pengerusi MAHB yang kini dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) mungkin sibuk dengan perihal politik,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad