web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kita Tidak Pernah Cakap Parlimen Tidak Akan Bersidang,' - Azmin

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 3:31PM

Azmin Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin adalah selari dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

''Dalam konteks sesi Parlimen, Perdana Menteri menyatakan bahawa Parlimen akan bersidang. Kita tidak pernah cakap Parlimen tidak akan bersidang.

''Namun sebagai ketua, beliau bertindak atas peruntukan undang-undang dan perintah tetap di Parlimen, dan sesuai dengan waktu yang tepat untuk mengadakan persidangan (Parlimen).

''Bagi saya, titah Agong adalah selari dengan matlamat kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen pada masa yang sesuai supaya proses demokrasi berterusan,'' katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengenai titah Seri Paduka agar angka jangkitan wabak Covid-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinasi merupakan satu-satunya ‘jalan keluar’ bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di negara ini, Azmin berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan kelompok imuniti dicapai secepat mungkin.

Tambahnya, keputusan yang dibuat menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak dilakukan secara sepihak tetapi merupakan hasil perbincangan dengan pakar yang berkaitan.

''Ketua Pengarah Kesihatan sendiri berkata, jika kita tidak ambil langkah tegas, jumlah kes baharu COVID-19 akan meningkat kepada 13,000 menjelang 14 Jun. Namun pada 14 Jun, kes hanya 4,900.

''Ini menunjukkan langkah yang diambil kerajaan untuk mengawal COVID-19 adalah berkesan. Ini bermakna pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pelbagai peringkat dan usaha menyokong Kementerian Kesihatan adalah berkesan.

''Saya amat gembira kerana usaha berkenaan menampakkan kejayaan. Kerajaan akan terus menegakkan perlembagaan persekutuan untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara,'' katanya.

Beliau mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, yang dipetik dari Utusan Malaysia bahawa komitmen Perdana Menteri untuk mengadakan sidang Parlimen sekitar September atau Oktober ini dianggap sebagai rasional. 

''Perdana Menteri berkuasa  menetapkan tarikh sidang Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

''Beliau berhak memanggil sidang mengikut Perlembagaan, malah beliau telah menyatakan secara rasional berkenaan kewajaran tempoh tersebut. Antaranya kerana angka Covid-19 dan sebagainya, jadi bagi pihak Parlimen, kita menunggu tarikh persidangan ditetapkan nanti,” kata Azhar. - Getaran, 17 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad