web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Rakam Keterangan MB Perlis, Rampas Senjata Api Berhubung Video Tular Tembak Lembu

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2026 7:33PM

Abu Bakar Hamzah - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Polis merakam keterangan Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah serta merampas senjata api dan peluru berhubung video tular di media sosial yang memaparkan beliau dipercayai menembak seekor lembu.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam pada 4.51 petang semalam, mengenai rakaman video berdurasi 38 saat itu, yang menunjukkan Abu Bakar melepaskan tembakan ke arah seekor lembu sedang mengamuk ketika berada di Dataran Lok 9, Kuala Perlis dekat sini.

"Bertindak atas maklumat dan laporan tersebut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar telah merakam keterangan Menteri Besar Perlis dan keterangan telah direkodkan mengenai kejadian terbabit.

"Pihak polis telah membuat rampasan selaras shortgun yang dipercayai digunakan Menteri Besar Perlis, serta rampasan sembilan butir peluru jenis buekshot untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata berdasarkan keterangan Abu Bakar, dipercayai tindakan demikian diambil pada ketika itu kerana seekor lembu mengamuk yang mengancam petugas dan orang awam berada di Program Ibadah Korban Perdana Kuala Perlis.

"Hasil semakan melalui Bahagian Pelesenan IPD Kangar mengesahkan Menteri Besar Perlis itu pemegang lesen senjata api yang sah, bagi senjata api jenis shortgun," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 (Akta 206), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekalı jika disabitkan kesalahan.

Video yang tular di media sosial semalam itu, mengundang pelbagai reaksi orang ramai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Politik 5 hari yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penyertaan Semula Dalam UMNO Jadi Sebutan, KJ Bakal Bertanding Untuk PRN?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad