web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Guna MyKad Orang Lain Untuk BUDI95, Denda Dan Penjara Menanti Anda! - MOF

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2026 4:58PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diberi amaran agar tidak menggunakan MyKad individu lain tanpa kebenaran, dalam segala transaksi berkaitan subsidi petrol di bawah BUDI95. 

Jurucakap Kementerian Kewangan (MOF) berkata, kementerian menerima banyak aduan berhubung penyalahgunaan maklumat pengenalan peribadi.

Katanya, dakwaan berkaitan penggunaan data MyKad tanpa kebenaran bagi transaksi BUDI95 merupakan perkara serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah undang-undang pendaftaran negara.

“Pemilikan atau penggunaan MyKad individu lain tanpa kuasa yang sah adalah satu kesalahan serius di bawah Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

“Individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau memberi amaran, tiada pihak dibenarkan menggunakan nombor MyKad atau maklumat identiti individu lain tanpa kebenaran bagi mendapatkan manfaat di bawah skim subsidi petrol bersasar tersebut.

“Susulan aduan yang diterima, kementerian telah mengarahkan syarikat peruncitan petroleum untuk memperketat pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pengesahan MyKad bagi semua transaksi BUDI95.

“Transaksi manual tanpa pengesahan fizikal MyKad adalah dilarang sama sekali, kerana ia membuka ruang kepada penyalahgunaan subsidi, transaksi tidak sah, serta pelanggaran integriti program,” katanya. 

Jelas jurucakap itu, pengusaha stesen minyak turut diarahkan menyiasat transaksi yang disyaki melanggar SOP dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Syarikat minyak juga katanya, diarah memperkukuh sistem pemantauan dalaman bagi memastikan pematuhan berterusan di semua stesen di seluruh negara.

“Antara langkah pembetulan yang diarahkan termasuk latihan semula kakitangan barisan hadapan, paparan SOP yang jelas di kaunter pembayaran, serta pemberian pampasan atau penyelesaian sewajarnya kepada pelanggan terjejas, tertakluk kepada hasil siasatan.

“Pengusaha stesen minyak turut diminta menghubungi pemegang MyKad yang terlibat secara terus bagi membincangkan transaksi yang dipertikaikan serta langkah penyelesaian yang sesuai,” katanya. 

Beliau memaklumkan, MOF akan terus memantau corak transaksi di bawah program BUDI95 dan menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran SOP atau penyalahgunaan subsidi bersasar.

“Penerima program BUDI95 digalakkan menyemak rekod transaksi mereka secara berkala melalui portal rasmi  BUDI MADANI dan segera membuat laporan polis sekiranya mengesan sebarang pembelian tanpa kebenaran.

“Individu yang terjejas boleh mengemukakan aduan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kejadian melalui Pusat Hubungan BUDI MADANI dengan menyertakan laporan polis yang mengandungi butiran seperti tarikh, masa, lokasi stesen minyak, salinan kad pengenalan serta senarai transaksi yang dipertikaikan,” katanya.

Aduan boleh dibuat melalui talian hotline 1300-88-9595, WhatsApp di +603-2631 4595, atau emel di [email protected]

Difahamkan, pusat hubungan ini beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. - Getaran, 29 Mei 2026

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Melaka Lulus RUU, Bolehkan Pelantikan 7 ADUN Tanpa Pilihan Raya

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Sambut Presiden Singapura, Beri Sambutan Negara Di Istana

oleh Sophia Ahmad