web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Didenda RM21,000 Guna Logo Halal Tidak Sah Pada Produk

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2026 6:53PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Sebuah syarikat produk makanan berasaskan kacang didenda RM21,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan logo halal tidak sah pada produk keluarannya, tahun lepas.

Hakim Nuur Hafiedzah Md Daud menjatuhkan hukuman itu terhadap Mee Hiong Yuen Groundnut Factory Sdn Bhd selepas pengarahnya Wong Hoong Kit, 64, selaku Orang Kena Saman (OKS), mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan 661 unit produk 'Kacang Menglembu Cap Pemancing' dalam pelbagai saiz bungkusan dan tin yang disita, membabitkan kira-kira 211.6 kilogram (kg), dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia untuk tujuan pelupusan.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa memperihalkan barangan berkenaan sebagai halal dengan cara yang bertentangan di bawah Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 di premis kilang di Jalan Besar, Sungai Siput (U), kira-kira jam 11 pagi pada 3 November 2025.

Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 8 (a) perintah sama yang boleh dihukum mengikut Perenggan 8(A) perintah berkenaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200,000 dan tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Wong yang tidak diwakili peguam memohon maaf atas kesilapan tersebut dan memaklumkan pihak syarikat telah mengambil tindakan segera menghentikan pengeluaran sejurus selepas barangan dirampas.

Beliau berkata syarıkat itu juga telah berjaya memperoleh pensijilan halal yang diperbaharui hanya 13 hari selepas tarikh barangan dirampas, selain memohon denda ringan memandangkan ia merupakan kesalahan pertama membabitkan sijil halal serta berjanji tidak mengulangi kesalahan sama.

Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Muhamad Hanif Aba Azis pula memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam serta sensitiviti masyarakat terhadap isu halal.

Muhamad Hanif berkata menerusi representasi yang difailkan sebelum ini, pihak pendakwaan telah memohon agar hukuman denda sebanyak RM20,000 dikenakan terhadap OKS sekiranya mahkamah memilih hukuman berkenaan.

OKS membayar denda itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Rohingya Suspek Kes Rogol Ditahan Di Bachok

2

Semasa 10 jam yang lalu

Pengurus Kelab Malam Dipenjara 2 Hari, Denda RM17,000 Memandu Ketika Mabuk

3

Semasa 2 hari yang lalu

Guna Kekerasan Jenayah Terhadap Sultan Perak, Wanita Didenda RM500

4

Semasa 2 hari yang lalu

Zafrul Nafi Tahu Dakwaan Sumbangan Politik Jana Wibawa

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pengurus Kelab Malam Dipenjara 2 Hari, Denda RM17,000 Memandu Ketika Mabuk

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Bongkar Premis E-Sisa Haram

oleh Amirah Abu Bakar