web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tong Helium Meletup Di Ekspo - Lebih Ramai Dijangka Ditahan - Polis

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2026 9:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis telah melancarkan siasatan melibatkan unsur kecuaian, selepas seorang peniaga maut apabila tong helium digunakannya meletup di tapak ekspo perniagaan berhampiran Dataran Jam Besar, Sungai Petani, malam tadi.

Insiden terbabit turut mencederakan beberapa pengunjung.

Letupan kuat itu menyebabkan serpihan logam tercampak sejauh antara 70 hingga 100 meter di kawasan berkenaan, yang ketika kejadian sesak dengan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, dua lelaki berusia lingkungan 20-an dan 40-an telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian, manakala beberapa lagi tangkapan dijangka dibuat malam ini.

“Polis akan membuat beberapa lagi tangkapan malam ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.53 malam itu, peniaga, Azmi Ahmad, 42, maut selepas mengalami kecederaan parah, manakala tiga lagi mangsa termasuk seorang remaja lelaki berusia 15 tahun cedera.

Hanyan turut menggesa mana-mana individu yang mengalami kecederaan akibat letupan tampil bagi membantu siasatan polis.

Beliau berkata, ekspo yang dijadual berlangsung dari 20 hingga 26 Mei itu juga akan ditutup sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.53 malam memaklumkan mengenai kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki didapati terbaring di atas tanah dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius pada bahagian tangan kanan serta dada kanan. Kami percaya kejadian berlaku selepas sebuah tong yang mengandungi gas meletup.

“Serpihan tong itu tercampak sejauh antara 70 hingga 100 meter dan terkena beberapa peniaga lain sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani mengesahkan letupan melibatkan tong helium yang digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak di tapak ekspo tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Siti Norafiza Mohd Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.52 malam sebelum lapan anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Badrul Hisham Hassan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi melaporkan tiba di lokasi pada jam 8.05 malam dan mendapati letupan melibatkan tong gas helium yang digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak bagi tujuan perniagaan.

“Dua mangsa iaitu seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang lelaki berusia 46 tahun mengalami kecederaan, manakala seorang lelaki berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan rawatan, manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Insiden terbabit mencetuskan kebimbangan terhadap aspek pengendalian dan penyimpanan tong gas bertekanan di tapak perniagaan serta acara awam, khususnya yang melibatkan tarikan keluarga dan kawasan tumpuan ramai seperti pasar malam. - Getaran, 22 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

4

Jelajah 4 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Pelajar Perempuan Direman 4 Hari Bantu Siasatan Kes Tikam Rakan Sekolah 

oleh Amirah Abu Bakar