web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Bangladesh Didakwa Cabul 5 Wanita Di Stesen MRT, LRT

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2026 3:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai terlibat mencabul lima wanita di beberapa stesen MRT dan LRT sekitar ibu negara sejak April lalu telah ditahan dan didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditahan pada 27 April kira-kira pukul 11.45 pagi di kawasan Stesen MRT Maluri.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai terlibat dalam lima kejadian cabul melibatkan mangsa wanita berusia antara 21 hingga 28 tahun.

“Kesalahan itu dipercayai dilakukan di Stesen LRT Chan Sow Lin, Stesen MRT Maluri Cheras dan Stesen MRT Taman Midah.

“Suspek telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa,” katanya hari ini.

Tambahnya, suspek berdepan lima pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan serangan tidak senonoh.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut. – Getaran, 6 Mei 2026

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad