web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bersederhana Bawa Barangan Ke Tanah Suci Bantu Mudah Pergerakan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2026 10:43AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

МАККАН - Ketika membuat persiapan menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, Makkah, ada dalam kalangan jemaah yang beranggapan semakin banyak barangan dibawa, semakin selamat dan tenang untuk beribadah.

Beg dan bagasi kemudian dipenuhi dengan pakaian tambahan, stok makanan segera, kudapan, ubat-ubatan serta pelbagai keperluan harian, kerana bimbang tidak mencukupi apabila tiba di Tanah Suci.

Hakikatnya, selepas lebih dua minggu mengikuti operasi haji, penulis melihat dan merasai sendiri bahawa panggilan sebagai Dhuyufur-Rahman (tetamu Allah) ini jauh daripada soal membawa barangan berlebihan.

Buktinya, sebahagian besar barangan yang dibawa jemaah dari tanah air masih tersusun rapi di dalam bagasi, malah ada yang langsung tidak digunakan sejak hari pertama ketibaan.

Pakaian yang dibawa berhelai-helai akhirnya hanya beberapa pasang digunakan secara berulang, memandangkan kemudahan dobi disediakan berhampiran tempat penginapan.

Bekalan makanan seperti sambal goreng, mi segera, biskut dan snek yang pada awalnya dianggap 'wajib dibawa' turut hampir tidak disentuh, berikutan Lembaga Tabung Haji (TH) menyediakan hidangan makanan selain terdapat pelbagai pilihan makanan mudah diperoleh di sekitar hotel.

Akhirnya, bagasi dan beg yang sarat itu hanya menjadi tambahan kilogram kepada jemaah dengan barangan yang tidak digunakan.

Seorang jemaah dari Selangor, Mohd Azman Ibrahim, 58, berkata beliau membawa satu beg tambahan yang dipenuhi makanan dan pakaian kerana bimbang sukar mendapatkan keperluan ketika menunaikan ibadah haji.

"Bila sampai di sini, baru saya sedar sebenarnya semua cukup. Makanan ada, kedai pun banyak, TH pula menyediakan pelbagai kemudahan termasuk klinik percuma untuk jemaah.

"Pakaian pun tidak habis dipakai kerana kebanyakan masa kami fokus kepada ibadah. Jika tahu begini, saya akan bawa sedikit sahaja. Lagi ringan, lagi mudah untuk bergerak," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata membawa barangan secara sederhana bukan sahaja memudahkan jemaah, malah membantu melancarkan pergerakan terutama ketika proses daftar masuk hotel, perpindahan antara lokasi dan urusan penerbangan pulang.

"Ramai jemaah datang dengan persediaan yang sangat baik, tetapi kadangkala membawa terlalu banyak barangan yang sebenarnya boleh dibeli di sini atau tidak digunakan langsung.

"Kami sentiasa menasihatkan jemaah supaya membawa keperluan asas sahaja dan mengutamakan keselesaan bergerak kerana ibadah haji sendiri menuntut kekuatan fizikal," katanya.

Hasil pemerhatian penulis, keterujaan membeli cenderamata turut menjadi antara faktor kepada peningkatan berat bagasi, meskipun kebanyakan barangan popular seperti sejadah bersulam nama, tasbih, patung unta dan aksesori hiasan sebenarnya boleh didapati menerusi platform jualan dalam talian di Malaysia. - BERNAMA

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

4

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Dewan Rakyat Kecoh, Statistik Jenayah Seksual Babit Kanak-Kanak Di Kelantan Cetus Pertikaian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

oleh Amirah Abu Bakar