web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Warga Emas Maut Ditetak Di Ipoh

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2026 11:52AM

Gambar orang awam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang wanita warga emas maut akibat ditetak di sebuah rumah di Persiaran Pegoh Aman 2, Taman Desa Aman, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata wanita berusia 70 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring, dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku antara 4.45 petang hingga 10 malam, iaitu kali terakhir mangsa keluar rumah sehingga ditemukan dibunuh, dan anak mangsa menghubungi polis kira-kira 10 malam.

"Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat ditetak pada bahagian badan, kepala dan leher mangsa.

"Seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun yang juga jiran kepada mangsa telah ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan. Suspek pernah dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta pada Februari lepas untuk menjalani rawatan psikiatri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Najib berkata pihaknya turut menemukan sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Motif kejadian masih dalam siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk proses bedah siasat," katanya.

Muhammad Najib turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad