web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan Masuk Tabika Perpaduan Sesi 2027 Dibuka Mulai 15 Mac Hingga 31 Ogos

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2026 5:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Permohonan kemasukan ke Tabika Perpaduan bagi sesi 2027 dibuka bermula 15 Mac hingga 31 Ogos ini dan boleh dibuat secara dalam talian, menurut Kementerian Perpaduan Negara.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarat kemasukan terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai sijil kelahiran dan Mykad serta berumur antara empat hingga enam tahun.

"Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tempat kediaman atau tempat kerja ibu bapa berada dalam lingkungan 10 kilometer dari lokasi Tabika Perpaduan," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memberitahu Tabika Perpaduan menawarkan pendidikan prasekolah berkualiti dengan kurikulum berstruktur bagi menyediakan kanak-kanak menghadapi alam persekolahan di darjah satu.

"Bermula tahun ini Tabika Perpaduan mengaplikasikan Kurikulum Prasekolah 2026 yang menekankan pembangunan menyeluruh kanak-kanak dari segi kognitif, emosi, sahsiah serta nilai perpaduan dan kenegaraan," menurut kenyataan itu.

Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan setakat ini terdapat 1,781 Tabika Perpaduan di seluruh negara dengan jumlah murid seramai 34,817 orang, menjadikannya antara platform penting dalam membina asas pendidikan awal serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam kenyataan sama, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata Tabika Perpaduan diperkukuhkan melalui Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 sebagai inisiatif strategik kementerian bagi memberi suntikan baharu kepada program pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau berkata pelan itu bertujuan memperkukuh peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi yang bukan sahaja membangunkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh, malah membentuk generasi yang mempunyai semangat cintakan negara serta mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian.

"Pelan ini merangkumi pemantapan menyeluruh meliputi aspek kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, pembangunan profesionalisme guru, tadbir urus, jalinan kerjasama dengan komuniti serta sistem pemantauan yang lebih berkesan," katanya.

Beliau berkata enam teras utama digariskan termasuk memantapkan elemen kenegaraan, perpaduan dan nilai murni dalam kurikulum, memperkukuh profesionalisme guru serta mengukuhkan jalinan kerjasama bersama komuniti.

"Selain itu, ia turut memberi tumpuan kepada peningkatan kaedah pengajaran dan pembelajaran, pemantapan tadbir urus pengurusan serta memperkasakan mekanisme pemantauan dan penilaian," katanya.

Aaron berkata Kementerian Perpaduan Negara mengalu-alukan ibu bapa dan penjaga untuk mendaftarkan anak-anak ke Tabika Perpaduan bagi mendapatkan pendidikan awal berkualiti dalam persekitaran yang menekankan nilai perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad