web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parlimen Malaysia Bersolidariti Dengan Iran, Kutuk Serangan Israel Dan AS

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2026 4:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Blok kerajaan dan pembangkang di Parlimen hari ini mengetepikan perbezaan politik untuk bersolidariti dengan rakyat dan negara Iran, sekali gus menjadi antara Parlimen terawal menyatakan pendirian tegas mengutuk keras serangan biadab rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kesepakatan luar biasa antara blok kerajaan dengan pembangkang itu sebagai manifestasi jelas bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dalam soal maruah, kedaulatan, dan kemerdekaan sesebuah negara.

"la menyentuh perasaan saya apabila melihat kita boleh berbeza pendapat dalam banyak hal, tetapi dalam soal kedaulatan dan kemaslahatan bersama, tidak ada perbezaan. Ini petanda baik bagi negara kita.

"Kita sedar, apabila kita memberanikan diri menyatakan yang hak, pertahankan kebenaran dan keadilan, kita mungkin mengundang sedikit sebanyak masalah selain masalah ekonomi akibat perkembangan geopolitik dan juga peredaran dan pengangkutan minyak dan sebagainya. Tetapi, ini suara rakyat Malaysia dan apa-apa pun kita hadapi bersama," kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika menggulung usul mengutuk serangan biadap dan ganas Israel dengan sokongan AS terhadap Iran di Dewan Rakyat, hari ini.

Menyentuh tentang isu forced regime change atau pertukaran rejim secara paksa yang menyasarkan ketua negara dan kemudahan awam, Anwar menyifatkannya perkara itu sebagai satu keganasan melampau yang mencabuli tatanan hukum dunia serta tidak boleh diterima oleh mana-mana tamadun manusia.

Beliau berkata tindakan tersebut ialah satu keangkuhan kuasa besar yang cuba menentukan kepimpinan sesebuah negara berdaulat melalui kekerasan.

Dalam ucapan penggulungannya juga, Anwar berkata kerajaan sentiasa bersiap-siaga dan berwaspada terhadap sebarang ancaman termasuk dari luar yang bertujuan mengganggu gugat pentadbiran dan kedaulatan negara.

Beliau berkata kerajaan tidak akan sesekali membenarkan campur tangan mana-mana negara luar atau syarikat asing dalam sebarang urusan.

"Sudah tentunya kita meneliti apabila dikaitkan dengan ancaman-ancaman terbaharu yang masih dalam siasatan, kita jangan menafikan kemungkinan ini berlaku atau terus berlaku dan saya hanya beri jaminan kita akan tentu waspada.

"Kewaspadaan itu perlu, kesiapsiagaan itu perlu. Menganggap bahawa semuanya teratur dan terselamat itu suatu kelemahan besar daripada pemikiran kita. Jadi, sebab itu soal kedaulatan negara, maruah rakyat bagi kita harus ada kesepakatan walaupun sama-sama tahu akan risikonya," kata beliau.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan dibangkitkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) pada sesi perbahasan berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bahawa pihak polis sedang menyiasat dakwaan terdapat satu gerakan terancang untuk menjatuhkan dan mensabotaj kerajaan.

Anwar, pada masa sama, memberikan jaminan bahawa siasatan sangat rapi akan dijalankan berhubung dakwaan itu, kerana angka-angka dan data-data ke arah isu itu adalah sangat membimbangkan.

"Dalam negara kita pada peringkat awal merdeka memang ada ancaman komunis oleh Parti Komunis Malaya dan juga bantuan dari luar yang dibantah oleh rakyat, jadi jangan ada kemungkinan-kemungkinan begitu berlaku (lagi) dan mengancam keselamatan negara kita," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad