web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Pemilikan Saham Azam Baki: Laporan Siasatan Dijangka Diserah Minggu Depan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2026 5:34PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada Kabinet pada minggu depan, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Khas Siasatan diketuai Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai melaksanakan siasatan berhubung perkara tersebut.

"Jemaah Menteri telah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Khas Siasatan yang diketuai Peguam Negara hampir selesai proses siasatan dan akan menyerahkan laporan pada minggu hadapan," katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata Jemaah Menteri hari ini membincangkan secara mendalam isu-isu dakwaan pemilikan saham Azam serta dakwaan penyalahgunaan institusi SPRM bagi tujuan manfaat korporat.

"Berhubung isu dakwaan salah guna institusi SPRM bagi tujuan manfaat korporat, laporan polis telah dibuat dan Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan siasatan pada kadar segera.

"la untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang melanggar undang-undang untuk dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Fahmi berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa isu-isu berbangkit mengenai SPRM adalah amat serius selain mengambil maklum cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

"Justeru, Jemaah Menteri akan meneliti laporan jawatankuasa siasatan dan mempertimbang tindakan-tindakan susulan termasuk keperluan pelaksanaan siasatan oleh RCI," katanya.

Bloomberg dalam laporannya sebelum ini mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Azam bagaimanapun pada sidang media baru-baru ini menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata beliau akan mencadangkan kepada mesyuarat Kabinet supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang dikaitkan Azam itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad