web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tan Sri Antara 2 Ditahan Kes Penipuan Pelaburan Lebih RM300 Juta - Azam

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2026 7:53PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang lelaki bergelar Tan Sri antara dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan berskala besar dianggarkan bernilai lebih RM300 juta di Kuala Lumpur.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan maklumat diterima, individu berkenaan dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan berskala besar yang berada di bawah bidang kuasa siasatan SPRM.

Beliau berkata penipuan berkenaan melibatkan isu yang memberi kesan kepada rakyat apabila ramai pelabur mengalami kerugian berjumlah ratusan juta ringgit.

"Kita telah pergi kepada individu yang terlibat dalam kes ini. Ini adalah tanggungjawab dan kerja kami," katanya dalam sidang media selepas Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Timur di sini hari ini.

Azam berkata Tan Sri berkenaan ditahan semalam dan direman selama empat hari bermula hari ini selepas ditangkap di ibu pejabat SPRM di Putrajaya manakala suspek wanita berusia 50-an merupakan Ahli Lembaga Pengarah turut ditahan, kelmarin.

"Beliau (Tan Sri) datang ke pejabat dan kami terus tahan, kemudian kita menjalankan proses rakaman percakapan beliau sebagai orang yang ditahan," katanya sambil memaklumkan suspek merupakan individu daripada sektor swasta dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai jenayah ekonomi.

Menurut Azam, kes berlaku kira-kira dua tahun lepas itu membabitkan pelbagai pelaburan tidak jelas namun menjanjikan pulangan tinggi dan dipercayai melibatkan kesalahan undang-undang lain.

Beliau berkata mana-mana pelaburan yang hendak dijalankan, syarikat sepatutnya mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti memandangkan terdapat undang-undang serta pemantauan oleh pihak berkuasa berkaitan.

"Syarikat Tan Sri berkenaan tidak mempunyai kelulusan dan orang ramai terus percaya. Dalam negara kita, masih ramai yang percaya kepada skim sebegini walaupun perkara ini terus berlaku," katanya.

Sehubungan itu, Azam menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada skim pelaburan dan membuat semakan dengan pihak berkuasa sebelum melabur, sambil memaklumkan terdapat mangsa yang mengalami kerugian hingga RM4 juta.

"Tan Sri ini menipu satu Malaysia berumur hujung 60-an dan merupakan seorang tokoh yang dikenali," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar