web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bunuh Ibu Tunggal: Rayuan Silang Berjaya, Bekas Peniaga Ayam Dihukum Mati

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2025 8:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak lamarannya.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azmi Ariffin, Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk mengenakan hukuman mati ke atas Mohd Nur Hussein Mohd Salleh.

Sehubungan itu, mahkamah membatalkan hukuman terdahulu Mahkamah Tinggi iaitu 38 tahun penjara dan 20 sebatan.

Noorin berkata mahkamah mendapati Moha Nur Hussein telah merancang dengan teliti pembunuhan wanita itu semata-mata kerana dia bertepuk sebelah tangan atau cintanya tidak berbalas.

Menurutnya Mohd Nur Hussein telah melakukan perbuatan kejam, menyatakan bahawa kecederaan mangsa adalah konsisten dengan kecederaan akibat penyembelihan dan terdapat bukti menunjukkan dia juga cuba membakar bilik mayat wanita itu ditemui.

Hakim berkata Mohd Nur Hussein juga telah merancang untuk mengelak daripada disyaki dengan pergi ke kafe siber untuk log masuk dan keluar semasa jenayah itu namun beberapa saksi memberikan keterangan bahawa mereka melihatnya berhampiran rumah mangsa semasa kejadian.

"Perayu telah memasuki rumah mangsa pada awal pagi dan menikamnya sebanyak lapan kali sehingga menyebabkan urat pada lehernya putus.

"Ini menunjukkan secara terang-terangan tidak menghiraukan nyawa manusia. Kami bersetuju bahawa tidak ada penyesalan di pihak perayu kerana melakukan jenayah sedemikian. Selain itu, dia mengambil barang berharga milik mangsa dan anak mangsa serta menyembunyikannya," katanya.

Mahkamah juga menolak rayuan Mohd Nur Hussein terhadap sabitan kesalahannya, memutuskan bahawa berdasarkan keterangan mengikut keadaan oleh pihak pendakwaan, sudah memadai untuk menunjukkan bahawa dia melakukan pembunuhan itu.

Mohd Nur Hussein, 42, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 8 September 2023, kerana membunuh Hamidah Abdul Rahman, 53, seorang pembantu kedai, di sebuah rumah di Taman Datuk Liew Yan Sip, Ipoh, Perak, antara 3 pagi dan 5 pagi pada 13 Mac 2017.

Menurut fakta kes, mangsa mengenali Mohd Nur Hussein beberapa tahun sebelum kejadian.

Mereka berkawan dan sering keluar bersama. Tertuduh pernah melamar mangsa tetapi ditolak kerana mangsa berusia 20 tahun lebih tua daripadanya. 

Dua bulan sebelum kejadian, wanita itu telah bertunang dengan seorang pesara polis.

Dalam hujahnya, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman mati kerana sifat mengerikan jenayah itu dan motif cemburu yang digambarkan sebagai "aku tak dapat, orang lain tak dapat".

Peguam mewakili Mohd Nur Hussein, Mohamad Hafiz Jalaludin, berhujah bahawa tiada bukti daripada saksi pendakwaan, yang merupakan jiran si mati, untuk membuktikan tertuduh telah memasuki rumah mangsa atau bertemu wanita Itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 2 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar