web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Flotila Ke Gaza Diekori Dron, Cuaca Buruk Jejaskan Pelayaran

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2025 6:01PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Flotila yang membawa misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilapor berdepan penampakan beberapa dron di perairan Barcelona, Sepanyol sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan perjalanan mereka.

Menurut sumber daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) dron berkenaan tidak dapat dipastikan pemiliknya, menimbulkan kerisauan dalam kalangan peserta.

Selain isu keselamatan, sumber itu berkata flotila turut berdepan ribut petir di perairan berkenaan yang menyebabkan kelewatan ke destinasi seperti dijadual.

"Pada waktu ini mereka belum buat keputusan untuk patah balik. Mereka tengok balik cuaca. Kalau keadaan cuaca baik mereka akan teruskan pelayaran," katanya kepada Bernama.

Sebanyak 24 kapal berlepas dari Pelabuhan Barcelona ke Gaza pada 1 September lepas, disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia.

Difahamkan fasa seterusnya akan menyaksikan kumpulan kedua terdiri 15 delegasi Malaysia berlepas dari pelabuhan Itali bersama delegasi antarabangsa pada 4 September ini, serentak dengan kumpulan ketiga Malaysia yang kini berada di Tunisia.

GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad