web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jubin Granit Jatuh Ke Rumah Penduduk, Projek The Cedar Dihentikan Sementara

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2025 4:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nyawa seorang wanita nyaris melayang selepas jubin granit terjatuh melalui bumbung rumahnya di Bukit Damansara semalam.

Susulan insiden, mangsa menggesa tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Beliau turut menyeru projek kondominium yang sedang dibangunkan berhampiran kediamannya dihentikan pada kadar segera. 

“Saya berada di bilik ketika jubin granit itu terhempas melalui bumbung kira-kira jam 5.55 petang. 

“Saya mengalami kecederaan pada muka dan bernasib baik masih hidup. Kami, para penduduk, telah membantah projek kondominium berdekatan tetapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap membenarkan projek itu diteruskan,” katanya, kesal. 

Getaran bagaimanapun difahamkan, DBKL telah mengeluarkan perintah henti kerja melalui Jabatan Kawalan Bangunan untuk projek kondominun Cedar di Bukit Damansara itu, sehingga rumah mangsa selesai dibaik pulih.

Jurucakap DBKL berkata, kontraktor projek juga diarahkan menanggung kos rawatan perubatan mangsa.

“Mereka juga sudah diarahkan untuk memperbaiki platform keselamatan di sempadan antara pembangunan The Cedar dan kediaman jiran, selaras dengan Seksyen 87 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” katanya. 

Menurut laporan awal, kejadian berlaku apabila jubin granit bersaiz 600mm x 800mm yang diangkat oleh kren menara terlanggar penghadang di tingkat tiga. 

Kesan hentakan tersebut menyebabkan beberapa jubin jatuh ke atas platform keselamatan dan terhempas ke arah rumah mangsa di Jalan Setiakasih 6, Bukit Damansara.

Projek The Cedar melibatkan pembinaan blok apartmen mewah tujuh tingkat dengan 70 unit kediaman, lobi utama dan fasiliti penghuni di tingkat bawah. 

Pelan bangunan terbabit diluluskan pada 28 April 2021, dengan status projek dianggarkan siap antara 75 hingga 80 peratus, terutamanya dari aspek seni bina, mekanikal dan elektrik.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pengguna TikTok yang menggunakan akaun @nadiahraha berkata, dia hampir terbunuh dalam kejadian itu.

Abang mangsa, Shaik Azrul Shaik Daud, 52, berkata, adiknya akan mengalami kecederaan serius sekiranya tidur sedetik lebih lambat.

Mangsa difahamkan mengalami kecederaan pada hidung dan kepala.

Juga berada di rumah semasa kejadian ialah bapa mereka yang berumur 89 tahun, ibu yang berumur 79 tahun, anak perempuannya dan seorang pembantu rumah.

Kerosakan dianggarkan sekitar RM200,000, termasuk kanopi beranda, sebuah bilik di tingkat bawah, tandas, serta bilik dan tandas bilik tidur utama di tingkat satu.

Beliau berkata, ketika kejadian beliau berada di pejabat di Damansara Perdana apabila anak perempuannya menelefon memaklumkan insiden itu. - Getaran, 16 Ogos 2025

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad