web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Siasatan Dapati Tiada Unsur Penderaan Ke Atas Syamsul Haris - Mohamed Khaled

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2025 2:28PM

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Siasatan mendapati tiada unsur penderaan ke atas pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, yang meninggal dunia ketika mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram di Johor pada 28 Julai lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu diperoleh jawatankuasa berkendan yang membabitkan beberapa kementerian iaitu Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau berkata insiden itu berlaku sehari selepas mangsa memulakan latihan pada 27 Julai dan latihan berkenaan dijalankan mengikut arahan garis panduan serta prosedur ditetapkan.

"Keterangan saksi lebih 30 individu termasuk peserta dan jurulatih latihan mengesahkan semua bentuk latihan diberikan berlandaskan prosedur yang telah ditentukan dan tiada penderaan dilaporkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.

Berdasarkan aspek perubatan, Mohamed Khaled berkata bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kota Tinggi dengan kehadiran petugas perubatan tentera mengesahkan bahawa semua bantuan awal diberikan kepada mangsa mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Laporan hospital juga mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan pada jasad, sejajar dengan dapatan siasatan polis. Punca kematian akan diketahui selepas laporan penuh diperoleh, yang dijangka mengambil masa satu hingga dua bulan," katanya.

Mohamed Khaled menegaskan insiden itu tidak wajar dikaitkan atau disamakan dengan kejadian kematian seorang pelajar di Sabah dan sekiranya terdapat unsur penderaan atau jenayah, pihak kementerian akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai ketika menjalani latihan Inokulasi Tempur di PULADA.

Penuntut Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu menyertai latihan Palapes UTM itu bermula 27 Julai lepas dan sepatutnya berakhir 2 Ogos. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad