web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Waris Sahkan 6 Mayat Dalam Kereta lalah Sekeluarga Yang Hilang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2025 5:41PM

Kereta yang dinaiki semua mangsa - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Misteri kehilangan enam beranak sejak Sabtu lepas akhirnya terjawab apabila waris mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam kereta yang berada di dalam Sungai Korok di Kampung Kemboja, dekat sini ialah keluarga terbabit.

Mangsa ialah pasangan suami isteri Mohamad Azim Izat Ishak, 32, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta anak mereka Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, 6 bulan.

Adik kepada Mohamad Azim Izat, Nor Syafigah Ishak, 28, berkata pengecaman awal terhadap kesemua mangsa di lokasi kejadian telah dibuat dan mendapati mayat berkenaan ialah mangsa yang hilang.

"Sebenarnya, kami sudah buat pencarian di sepanjang jalan Sungai Korok sejak hari abang hilang, tetapi tiada petunjuk disebabkan sungai ini luas dan dalam, air pun keruh.

"Sehinggalah pagi ini apabila air sungai surut sikit ada orang ternampak hujung bonet kereta dan kami semua terus ke sini. Apabila kereta ditarik ke tebing sungai dan mayat dibawa naik ke atas, adik lelaki saya sahkan semua jenazah ialah abang, isteri dan anak-anaknya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Nor Syafigah berkata sebelum kejadian, kesemua mangsa bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman, dekat Jitra sebelum dikatakan bertolak pulang ke rumah mereka di Jerlun kira-kira jam 5.30 pagi, Sabtu.

"Tetapi apabila depa (mereka) tak sampai-sampai, kami mula bimbang lalu hubungi dan cari mereka. Hingga tengah hari tidak jumpa, kami terus lapor polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kereta jatuh di dalam sungai pada 8.38 pagi.

"Dimaklumkan sebuah kereta jenis Proton Iswara Sedan berada di dalam sungai dan terdapat enam mangsa, iaitu seorang lelaki, seorang wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi berada di dalam kenderaan itu.

"Proses pengecaman mangsa telah dijalankan oleh waris dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa selesai sepenuhnya pada 11 pagi tadi," katanya.

Beliau berkata menurut anggota penyelamat, kesemua mangsa ditemukan di tempat duduk penumpang di bahagian belakang dan cermin kereta telah dipecahkan untuk mengeluarkan mayat berkendan.

"Sungai ini berkedalaman enam meter dan didapati terdapat juga kesan tayar disebabkan brek kira-kira satu meter dari tebing sungai," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad