web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Serah Watikah Pelantikan Duta Malaysia Ke Amerika Syarikat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2025 3:03PM

Gambar Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) kepada Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob hari ini.

Watikah pelantikan Muhammad Shahrul Ikram yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar berlangsung di Istana Negara, demikian menurut Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Istiadat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Muhammad Shahrul Ikram dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke AS menggantikan Datuk Seri Nazri Aziz yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 8 Februari lepas.

Muhammad Shahrul Ikram anak kelahiran Pahang, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekologi daripada Universiti Malaya, serta pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, AS.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar pada tahun 1988 dan menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Luar dari 6 Januari 2019 hingga 31 Mei 2022.

Sepanjang perkhidmatan selama kira-kira 35 tahun dalam perkhidmatan awam, Muhammad Shahrul Ikram pernah ditauliahkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Qatar, Duta Besar Malaysia ke Austria dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

Semasa berkhidmat di Kementerian Luar, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala, Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia (semasa Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2015) dan Setiausaha Bahagian Politik Pelbagai Hala.

Penugasan diplomatik beliau yang lain sebelum ini termasuk perwakilan Malaysia di Vienna, Austria; Washington D.C. dan Beijing, China. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad