web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Mitsubishi Triton Langgar Lari Wanita Hingga Maut Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2025 11:06PM

Christopher Patit - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis menahan seorang pemandu kereta pacuan empat roda dipercayai terlibat dalam kes langgar lari mengakibatkan seorang pembonceng motosikal maut ketika sedang berhenti di lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Balai Panjang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 50 tahun yang memandu Mitsubishi Triton dalam kemalangan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pada 12.50 tengah hari tadi.

"Darah suspek diambil untuk ujian toksikologi bagi mengesan kehadiran alkohol selain saringan air kencing.

"Suspek ditahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kemalangan kira-kira 11 malam tadi, mangsa Roslinah Sinan, 53, yang menaiki motosikal ditunggang suaminya Hisham Omar, 57, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Katanya, Hisham yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan, manakala pemandu Mitsubishi Triton pula tidak mengalami kecederaan dan melarikan diri selepas melanggar mangsa.

Christopher berkata sebelum kejadian, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Honda Wave 125 dalam perjalanan dari ruman mereka di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal ke kedai makan di Balai Panjang.

Beliau berkata bagaimanapun ketika motosikal berkenaan berhenti di lampu isyarat di lokasi kejadian, motosikal dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh kereta pacuan empat roda yang datang dari arah Malim ke Bachang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 3 hari yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad