web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Tun Abdullah Selamat Disemadikan Di Makam Pahlawan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2025 3:00PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.30 petang.

Perdana Menteri kelima itu dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara.

Terdahulu, solat jenazah, tahlil serta bacaan talkin dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.

Selain balu Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, turut berada di Makam Pahlawan ialah anak Allahyarham, iaitu Tan Sri Kamaluddin serta Nori, dan suami Khairy Jamaluddin dan beberapa ahli keluarga terdekat.

Turut berada di Makam Pahlawan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta pemimpin lain.

Terdahulu, penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdullah bermula pada 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah" meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Terima Kasih ‘Uncle’ Abdullah…

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Abdullah Di Masjid Negara

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jenazah Tun Abdullah Dibawa Ke Masjid Negara Untuk Dikebumikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pak Lah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad