web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yang di-Pertuan Agong Tonggak Kekuatan Negara, Pengikat Perpaduan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2024 11:49AM

Sultan Ibrahim diberi Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Institusi Yang di-Pertuan Agong adalah tonggak kekuatan negara dan rakyat pelbagai kaum, di samping menjamin kesaksamaan dan keadilan bagi semua warga Malaysia dalam memaknai prinsip Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Yang di-Pertuan Agong juga berperanan sebagai penaung agama Islam yang merupakan agama Persekutuan, pengukuh kedudukan bahasa Melayu dan pembela hak dan keistimewaan orang Melayu serta Bumiputera.

Beliau berkata institusi Yang di-Pertuan Agong adalah mahkota negara dan rakyat yang mampu mengikat semangat kesatuan dan perpaduan dan dimuliakan sebagai mercu keihsanan.

"Sesungguhnya pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini mencatat lembaran sejarah yang Insya-Allah akan mampu mengangkat martabat negara.

"Kerajaan dan seluruh rakyat jelata berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga Seri Paduka Baginda berdua serta kerabat, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNya, kekal karar di atas singgahsana pemerintahan, juga beroleh 'afiyah dan penuh kedaulatan," katanya semasa menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia atas pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara hari ini.

Anwar yang mewakili seluruh rakyat negara ini turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Raja Zarith Sofiah sebagai Raja Permaisuri Agong.

Beliau berkata Seri Paduka Baginda juga berperanan dalam menjamin jalinan erat di antara negara di peringkat ASEAN, negara-negara Islam dan di peringkat antarabangsa.

Anwar turut menzahirkan ikrar bahawa kerajaan serta rakyat akan sentiasa menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda.

Perdana Menteri juga menzahirkan junjungan kasih kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menaungi pemerintahan dengan amanah dan secara bijaksana sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sultan Ibrahim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini, yang melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi Malaysia.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari. – BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad