web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2024 2:17PM

Bekas Mufti Pulau Pinang Hassan Ahmad (kiri) bersama Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan manakala Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi diumumkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa bagi tahun 1446H/ 2024M.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah berserta wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada dua tokoh berkenaan pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M yang bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’ hari ini.

Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Pengiktirafan peringkat kebangsaaan kepada Hassan, 82, adalah yang kedua buat anak jati Kepala Batas, Pulau Pinang itu, selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1433H/2012M.

Hassan yang menjawat jawatan Mufti Pulau Pinang selama 17 tahun bermula 1997 disifatkan telah bertugas dengan cemerlang dalam menjaga hal ehwal agama negeri itu selain turut dilantik sebagai penasihat syariah kepada beberapa institusi kewangan termasuk Bank Negara Malaysia.

Lulusan Ijazah Sarjana Usul Al-Fiqh Fakulti Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir itu juga telah memberi sumbangan besar kepada bidang pendidikan antaranya sebagai Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Darul Hadis di Pulau Pinang dan Pensyarah Fakulti Syariah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya serta Dekan Fakulti Syariah dan Ahli Senat universiti sama.

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1436H/2014M itu juga banyak menyumbang dalam bidang penulisan, antaranya menghasilkan buku bertajuk Bai’al-Murabahah, Kepentingan Mencari Kekayaan Dalam Islam, Ruang Lingkup Ijtihad dan Kesesuaian Islam Untuk Semua Keadaan.

Sementara itu Ali Muhyiddin, 75, atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ali Al-Qaradaghi merupakan tokoh terkemuka dalam bidang Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Maqasid Syariah dan Pemikiran Islam dengan keilmuan beliau diiktiraf sebagai rujukan utama pelbagai institusi kewangan dan perbankan Islam.

Berasal dari Qaradagh, Iraq, beliau banyak menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa antaranya dari Rusia, Turkiye, Kuwait, Sudan dan Jordan, selain turut dihormati kerana kecemerlangan dalam pelbagai cabang pendidikan Islam.

Ketokohannya terbukti bukan sahaja sebagai pakar perundangan malah telah menghasilkan lebih 100 kertas penyelidikan selain 59 buah buku meliputi pelbagai bidang.

Selain itu Sheikh Ali Al-Qaradaghi juga menjawat pelbagai jawatan penting antaranya selaku Professor Asas Perundangan Islam di Universiti Qatar, Naib Presiden European Council for Fatwa and Research selain Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik Pusat Islam Universiti Oxford. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pahlawan Mat Kilau Dinobat Tokoh Maal Hijrah Pahang

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad