web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bertenang, Beri Ruang Polis Siasat Kes Bunuh Zayn Rayyan - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 4:47PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR PERMAISURI - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa kanak-kanak itu, yang ditahan di sekitar Puncak Alam pada Jumaat lepas.

Beliau berkata selain ibu bapa kanak-kanak berumur enam tahun itu, tiada tangkapan lain dilakukan dan polis masih mencari petunjuk lain bagi membantu siasatan.

"(Ibu bapa mangsa) masih direman tujuh hari, bagi (masa) polis Selangor untuk siasat. Buat masa ini itu sahaja dan kita akan terus siasat," katanya ketika ditemui Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong, hari ini.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di kawasan anak sungai berhampiran kawasan kediamannya di Damansara Damai pada jam 10 malam 6 Disember lepas, sehari selepas dilaporkan hilang, dan berdasarkan bedah siasat, kanaka-kanak itu dipercayai dibunuh.

Sementara itu pelumba dari kelab Royal Kelantan Endurance, Mohd Aminuddin Ali muncul juara kategori utama Piala Ketua Polis Negara 2024, dan membawa pulang piala, sijil kemenangan serta wang tunai RM3,000.

Tempat kedua juga dimenangi pelumba dari Royal Kelantan Endurance Muhamad Faisal Mohd Ashari manakala di tempat ketiga, pelumba Royal Terengganu Endurance Stable Mohd Bukhari Rozali.

Muhammad Faisal membawa pulang sijil penyertaan dan wang tunai RM2,500 manakala Mohd Bukhari menerima sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah RM1,500. Hadiah- hadiah disampaikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut hadir Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad